Seronok berselfie rai tamat perintah berkurung, wanita jatuh dari tebing 35m

0 Comments

Nak meraikan berakhirnya perintah berkurung susulan penularan covid-19 ni banyak cara, tapi janganlah sampai membahayakan diri kerana malang tidak berbau. 

Itu yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia bertindak untuk selfie pada ketinggian 35m, namun akhirnya maut selepas terjatuh dari sebuah tebing ketika mengambil gambar bagi meraikan berakhirnya perintah berkurung di Turki.

Kejadian yang menimpa Olesya Suspitsyna dari Kazakhstan itu disaksikan oleh seorang rakan perempuannya yang mahu mengambil gambarnya.

Insiden yang berlaku di Antalya di barat daya Turki, Ahad lalu susulan keputusan kerajaan menarik balik perintah berkurung di bandar berkenaan, berikutan penularan wabak Covid-19.

Mangsa berusia 31 tahun itu bersiar-siar di kawasan pelancongan yang terkenal dengan keindahan pemandangan air terjun.

Olesya kemudian memutuskan untuk mengambil gambar “berani mati” di tepi tebing, dengan latar belakang air terjun.

Dia memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi untuk gambarnya dirakamkan.

Menurut laporan Mirror.uk, Olesya bagaimanapun tergelincir di atas rumput, sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh dari tebing setinggi 35m hingga maut.

Panik dengan apa yang berlaku sekelip mata, rakannya terus menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian yang berlaku.

Mayat Olesya dijumpai dan ditarik keluar dari kawasan air terjun dengan bantuan pasukan penyelamat.

Polis mengklasifikasi kematiannya sebagai kemalangan.

korang mungkin minat baca:
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!

Leave a Reply

Your email address will not be published.