Perlukah saya mengambil perlindungan insurans dan takaful ketika melancong? Jawab, ya perlu! Pentingnya pengambilan skim perlindungan insurans perjalanan adalah sebagai kos perlindungan diri yang sangat membantu korang berbanding dengan jumlah yang korang perlu bayar jika anda tidak dilindungi seperti yang sepatutnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan perlindungan insurans korang perlu membuat perbandingan antara insurans pelancongan dan tidak teragak-agak untuk bertanya semua soalan yang perlu.
1. Pilih Insurans Berdasarkan Perancangan Tempat Melancong
Salah satu aspek penting yang perlu dipertimbangkan adalah kos perubatan di destinasi anda. Kos perubatan di Amerika Syarikat, Jepun, Timur Tengah, beberapa bahagian di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika adalah tinggi.
Jadi, korang perlu memastikan yang anda mempunyai perlindungan perubatan yang paling tinggi dalam insurans anda.
Sebaliknya, kalau korang just travel ke Thailand, rawatan perubatan adalah antara yang termurah di dunia. Jadi, korang boleh travel dengan yakin dengan perlindungan perubatan yang lebih kecil. Semuanya bergantung kepada keperluan korang.
2. Bagaimana Hendak Membuat Pilihan?
Salah satu perkara yang perlu dilihat adalah sama ada syarikat insurans tersebut mempunyai talian kecemasan yang sentiasa bersedia menerima aduan daripada semua tempat yang anda jejaki.
Orang yang kerap melancong mesti pernah merasa kehilangan beg walaupun sekali. Apabila perkara ini berlaku, hubungi syarikat penerbangan dan beritahu mereka tentang kehilangan tersebut. Banyak syarikat penerbangan yang akan membayar pampasan namun nilainya tidaklah setinggi mana.
Kalau tidak mendapat balik beg, syarikat insurans biasanya menyediakan jumlah pampasan yang agak berbaloi. Bagi yang travel dengan kamera, peralatan video, laptop dan sebagainya, tanyalah syarikat insurans tentang tahap insurans dan pampasan untuk peralatan ini sekiranya terjadi kes kehilangan atau kecurian.
Kalau ada merancang aktiviti berisiko tinggi semasa trip seperti, bungee jumping; sky diving; white water rafting; atau aktiviti kurang berisiko seperti menyelam, water skiing, jet ski dan sebagainya, pastikan bertanya sama aktiviti ini termasuk dalam perlindungan perjalanan.
3. Bahagian Perubatan Dalam Insurans Amat Penting
Pastikan korang mengetahui apa yang betul-betul dilindungi secara perubatan di setiap negara yang korang lawati dan cara membuat tuntutan sekiranya peristiwa tidak diingini berlaku.
Contohnya, dimasukkan ke hospital. Ada syarikat insurans yang menawarkan polisi reunion yang akan menghantar nombor saudara terdekat kepada anda sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
4. Anda Wajib Dilindungi Jika Diculik
Akhir sekali, dengan keadaan dunia yang tidak stabil sekarang ini, korang juga perlu bertanya bagaimana syarikat insurans anda akan melindungi anda dalam kes pengganas, penculikan dan sebagainya.
Pastikan perlindungan insurans memberikan pembayaran balik kalau korang membatalkan trip disebabkan peperangan atau keganasan di negara yang anda lawati. Korang mesti tahu macam mana ia dilakukan.
Banyak syarikat pelancongan yang jatuh bankrup dan ditutup begitu sahaja kepada kejadian sebegini. Periksa sama ada insurans travel anda melindungi anda dalam situasi sebegitu dengan perlindungan asas penyedia insurans.
Insurans pelancongan tidak sepatutnya menjadi pemusnah kegembiraan kita semasa bercuti. Walaupun proses memilih polisi yang betul agak merumitkan, ia akan memberikan kita rasa dilindungi apabila mengetahui yang kita sentiasa bersedia walau apa pun yang berlaku semasa anda bercuti.
Artikel berkaitan:
Ini 5 Tips Melancong Ketika Ramadhan
Takut Ditipu! Ini 7 Tips Wajib Tahu Sebelum Tempah Backpacker Hostel