Hati-hati dengan binatang ini kalau travel ke Jepun dan AS

0 Comments

Kalau lepas PKP ni korang ada plan untuk travel ke Jepun, korang perlu berhati-hati dengan seekor binatang ni yang boleh meragut nyawa orang. 

Begitu juga dengan di Amerika Syarikat kerana binatang tersebut telah dikesan di negara itu buat kali pertama. 

Ia merupakan tebuan gergasi asia atau Asian Giant Hornets apabila terdapat timbunan lebah mati dengan kepala mereka dimakan.

Ini juga menjadi amaran kepada negara berkenaan dengan kemunculan Asian Giant Hornets ini.

Mempunyai panjang lebih dua inci, tebuan terbesar di dunia ini dikatakan mempunyai bisa sengatan yang mampu membunuh manusia jika disengat berkali-kali, seperti yang dilaporkan oleh Washington State University (WSU).

Tebuan berkenaan berasal dari Jepun dan membunuh 14 orang di negara itu setiap tahun. Ia sekaligus membuatkan penyelidik di Amerika Syarikat merasa bingung bagaimana ia boleh sampai ke sana.

Para saintis juga percaya, Asian Giant Hornets ini telah mula kembali aktif sekitar bulan lalu apabila permaisuri tebuan ini muncul selepas berhibernasi untuk membina sarang dan membentuk koloni baru.

Menurut pakar WSU, tebuan gergasi ini akan menyerang sarang lebah madu, membunuh lebah dewasa dan memakan larva lebah, disamping mempertahankan koloninya dengan agresif.

korang mungkin minat…
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!

Leave a Reply

Your email address will not be published.