Lelaki jumpa terowong 120 tahun bawah rumah semasa kuarantin

0 Comments

Hampir 1 dunia sekarang sedang menjalani kuarantin susulan wabak Covid-19. Jadi ramailah yang masa yang banyak di rumah. Disebabkan itu, seorang lelaki, Jake Brown menggunakan waktu kuarantin ini sebaik mungkin dengan melakukan beberapa tugas di rumah barunya.

Namun agak mengejutkan kerana sesuatu berlaku apabila dia menemukan sebuah terowong rahsia di kawasan rumah tersebut. Dia percaya terowong itu berusia 120 tahun.

Difahamkan, pada mulanya dia hanya menyedari terdapat sebuah dinding yang mempunyai struktur berbeza di dalam rumah tersebut.

Namun, setelah membuat pemeriksaan yang lebih jauh dan membuka dinding itu, dia menyedari ruangan itu lebih besar daripada yang dia jangkakan.

Brown menjumpai barang-barang lama termasuk tin cat, basikal dan surat khabar yang membuktikan terowong itu disekat lebih daripada 50 tahun. 

“Gua ini mempunyai banyak sampah dari era lain, jadi saya masuk ke dalam untuk menjelajah dan melihat lebih dekat,” katanya.

Menariknya, Brown berjaya menjumpai banyak barang-barang lama termasuk tin cat dan sebuah surat khabar yang membuktikan terowong itu disekat lebih daripada 50 tahun di kawasan Plymouth Herald, England.

Dia juga menemui bukti pada botol terowong itu berasal dari awal tahun 1900an.

Sebelum ini sejarahwan tempatan ada menyatakan seluruh daerah England sebelum ini terdiri daripada bukit besar.

Dan kini ia semakin jelas susulan penemuan terowong seperti ini.

Mereka juga mempercayai ruang ini digali sejak dulu lagi, kemudian rumah-rumah dibangun ke dalam lubang tersebut untuk menghasilkan ruangan bawah tanah.

korang mungkin minat baca…
AS cadang ‘hantar malaikat maut’ halang penduduk keluar rumah
Malaysia pun ada floating market!

Leave a Reply

Your email address will not be published.