Mossy Forest Antara Yang Tercantik Di Dunia

0 Comments

Ada 1 tempat yang rare korang boleh pergi, tapi kena ingat once korang sampai jangan berani-berani untuk pijak lumut yang ada sebab itulah khazanah yang perlu dijaga. 

Lumut tersebut mengambil masa yang lama untuk tumbuh. Bukan satu bulan tetapi, lebih kurang 70 ke 100 tahun untuk tumbuh setaraf itu.

Ia terletak di Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang terletak di Cameron Highlands penuh dengan keunikannya tersendiri.

Tempat yang berada di kaki Gunung Irau ini merupakan hutan yang penuh dengan hamparan lumut yang sangat berlainan dari hutan-hutan yang lain.

Tempat ni sangat adventure, korang hanya boleh gunakan pacuan 4 roda untuk sampai di sini dan kabusnya sangat tebal! Menarik kan? 

Setelah sampai sahaja, korang mesti akan mengigil kerana kesejukkannya, jadi sangat disarankan untuk memakai pakaian yang sesuai di sini. Semakin lama korang berjalan semakin sejuk tempat ini.

Kredit: Adib harith

Korang juga dinasihatkan untuk naik bersama pemandu pelancong yang lebih arif. Tapi kalau yakin tidak akan sesat, korang dipersilakan untuk datang sendiri.

Korang perlu tahu laluan di sini sempit, berlubang dan mempunyai permukaan tanah sangat licin.

korang mungkin minat…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.