Kalau cakap tentang Negeri Terengganu, ia bukan sahaja kaya dengan budaya, tapi juga dengan pelbagai jenis hidangan yang tersendiri.
Dari keropok lekor, nasi dagang, ikan singgang, laksam, sata dan sebagainya, kepelbagaian makanan aslinya ini menjadikan Terengganu unik daripada negeri yang lain.
Dan kalau nak rasa yang betul-betul sedap, korang boleh try makan di Warung Pok Nong atau lebih dikenali sebagai ICT.
Gerai ni memang selalu jadi buah mulut orang tentang betapa sedapnya kerangupan makanan laut yang diselaputi tepung dan juga sosnya, sampaikan ia turut dilawati orang-orang kenamaan. Ikan yang digunakan juga sungguh segar, jelas terasa kemanisan isinya.
Selain ikan, Warung Pok Nong juga menjual udang, keropok lekor, sata, otak-otak yang rasa dia memang lain dari tempat lain, sos dia pun sama jugak, ia akan menambahkan lagi kesedapan makanan ni bila korang makan bersekali dengannya.
Untuk membasahkan tekak, warung ini turut menjual menu seperti ais jagung, air kelapa muda dan juga ais kacang. Memang asyik untuk dinikmati sambil-sambil melihat keindahan pantai.
Lokasinya, adalah di tepian Pantai Mengabang Telipot yang terletak bersebelah Pantai Teluk Ketapang.
Bercadang nak datang ke sini? Korang kena plan betul-betul okay, kalau datang pada hari Jumaat atau Sabtu, berkemungkinan besar korang perlu beratur panjang. Tapi apa salahnya untuk dapatkan ICT tersedap di dunia ni kan?
Harganya pun sangat berpatutan!
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak