Warga AS adakan pesta Covid-19

0 Comments

Kalau kita travel sana sini, normal la setiap negara mempunyai pesta keraian tersendiri sebagai tarikan pelancong untuk datang ke negara kita. 

Tapi dalam keadaan yang kita semua dikuarantin, warga AS tetap meneruskan pesta seperti biasa iaitu “Pesta Covid-19”, ia sengaja diadakan kononnya bagi melawan wabak tersebut sekaligus menunjukkan kekebalan diri masing-masing. 

Ia disahkan sendiri Pengarah Kesihatan Walla Walla County, Meghan Debolt yang menyatakan terdapat 2 pesta yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

Akibat daripada pesta itu, 2 daripada 20 orang yang hadir kini positif wabak berkenaan dan ini secara tak langsung mematahkan usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga barisan perubatan di sana.

“Kami ingin membuka kembali komuniti kami.

“Tetapi jika komuniti kita tidak mengamalkan garis panduan jarak fizikal dan jarak sosial yang betul dan mereka dengan sengaja berusaha untuk pergi dan berhubung dengan pesakit Covid-19, ini melambatkan usaha kita untuk membuka semula kawasan ini,” kata Debolt.

Sehingga kini, Amerika Syarikat menjadi negara nombor satu jangkitan Covid-19 di dunia dan mencatatkan kes sebanyak 1,388,755 dengan lebih daripada 82 ribu kematian.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.