Dah pernah tidur dalam gitar? Jom gais ke sini!

0 Comments

Siapa dekat sini peminat Hard Rock? Kalau korang pengikut tegar jenama antarabangsa ini, tentunya korang tak sabar untuk merasai pengalaman bermalam di hotel pertamanya di dunia yang berbentuk sebuah gitar gergasi!

Hard Rock Hotel secara rasmi telah membuka Seminole Hard Rock Hollywood, di selatan Florida, Amerika Syarikat.

Menariknya, disebabkan bentuknya yang unik dan mempunyai saiz serta ketinggian luar biasa, hotel gitar itu boleh dilihat oleh penumpang dari dalam pesawat yang terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale.

Bilik Platinum King Suite berharga AS$989 (RM4,112) semalam, manakala bilik Deluxe King atau Queen tanpa pemandangan kolam renang bermula pada harga AS$189 (RM785).

Tapi, harga itu boleh melonjak ke AS$519 (RM2,158) semalam bergantung kepada tarikh tertentu.

Selain itu, hotel tersebut turut dilengkapi kolam renang berkeluasan 5.5 hektar, sebuah lagun untuk sukan air dan dewan konsert yang berkapasiti 7,000 penonton.

Best kan??

Pembinaan hotel mewah itu menelan belanja sekitar AS$1.2 bilion dan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Ia direka oleh Klai Juba Wald Architecture + Interiors yang berpangkalan di Las Vegas.

Seminole Hard Rock Hollywood juga menjanjikan pemandangan menarik serta pengalaman luar biasa pada waktu malam menerusi pertunjukan lampu dan muzik yang disajikan kepada tetamu.

So kalau korang ada bajet lebih boleh la merasa tidur dalam hotel gitar ni, percutian have-have gitu!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.