Korang sedang merancang untuk bercuti ke Kundasang? So jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke destinasi menarik terbaru di Kundasang iaitu Culvert View!
Ia terletak lebih kurang 1km dari pekan Kundasang, jika uols menuju ke Desa Dairy Farm, simpang masuk ke sini terletak di sebelah kiri.
Penyelesaian terbaik adalah menggunakan waze sebab takut korang tak perasan jika ada papan tanda di simpang jalan masuk ke Culvert View. Jika memandu kenderaan sendiri, tempat parking kenderaan agak terhad, so just ikut saja arahan daripada pihak security yang bertugas untuk meletakkan kenderaan korang.
Jika bercadang untuk bermalam di sini pastikan korang membuat tempahan lebih awal. Lagi awal lagi bagus, kalau pergi pada waktu puncak boleh tempah 2 – 3 bulan lebih awal.
Tapi kalau tak plan untuk tidur di sini, pastikan korang sampai awal untuk melihat permandangan dan mengambil gambar sebelum pukul 2pm. At least masih ada masa lebih kurang 1 jam lagi untuk bersiar-siar di sini.
Harga chalet no 1 – 9 berharga RM169 dan chalet no 10 ialah RM189 untuk rakyat Malaysia. Manakala untuk pengunjung luar negara harga chalet no 1 – 9 adalah RM219 dan chalet no 10 ialah RM239. Harga termasuk breakfast untuk 2 orang. Chalet ini agak limited, so ia boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak berusia 12 tahun atau 2 orang kanak-kanak dibawah umur 6 tahun.
Untuk pelawat biasa, bayaran masuk adalah RM10 bagi dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Jangan hilangkan tiket anda ya, tiket tersebut korang perlukan untuk redeem minuman di kantin. So, selepas bersiar-siar dan mengambil gambar, boleh lah singgah di kantin sambil menikmati pemandangan sebelum pulang.
Berbaloi ke nak pergi kat sini? Apa yang kita boleh buat? Berikut antara tarikan utama bagi pengunjung ke sini:
- Menikmati pemandangan yang menarik berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu
- Udara segar
- Buaian
- Mirror in The Sky
- Kandang arnab dan kura-kura (pilihan kanak-kanak)
- Mengambil gambar
- BBQ (bagi pengunjung yang bermalam disini)
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak