Nak try makan pisang terbesar di dunia? Jom ke sini!

0 Comments

Pisang memang buah yang bagus kerana ia merupakan sejenis buah yang sesuai dimakan semua golongan.

Malah ia mempunyai khasiat terutamanya daripada segi pencernaan.

Namun baru-baru ini viral di Twitter yang memaparkan sejenis buah pisang yang dikenali sebagai Musa Ingens, iaitu pokok pisang yang paling besar di dunia.

Difahamkan ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 20m hingga 25m sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja.

Panjang daun pokok pisang ini pula boleh mencecah 5m dan lebarnya pula 1m.

Dipercayai pokok ini tumbuh di Pergunungan Arfak, Papua Barat.

Manakala dalam setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg dan 15m panjang.

Posting yang viral di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan mereka tidak menyangka ada buah pisang sebesar itu.

Menarik kan? Jom explore gais, bila lagi nak merasa!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.