Jom rasa pengalaman ‘drive- in Cinema’ di Indonesia!

0 Comments

Lepas ni kalau korang pergi bercuti, bolehlah cuba 1 benda baru yang tak pernah ada di Malaysia! 

Iaitu menonton wayang secara drive in. eh ada ke? Buat kaki wayang, pasti anda gian untuk menonton wayang kan?

Di Indonesia, syarikat Ergo and Co. mengambil inisiatif dengan cuba memperkenalkan “Drive-In Cinema” di Jakarta.

Dengan cara ini korang boleh menonton wayang hanya daripada dalam kereta!

Menurut wakil Ergo and Co. Adam Haziq, konsep “Drive-In Cinema” ini sebenarnya sudahpun diperkenalkan di negara luar, namun ianya sesuatu yang baru buat negara-negara di Asia Tenggara.

Sebelum ini penduduk di Seoul, Korea Selatan memilih untuk menggunakan panggung wayang pandu masuk sebagai salah satu cara untuk menceriakan hidup tanpa risiko dijangkiti Covid-19.

Panggung wayang pandu masuk Park Dong-ju, menjadi “port” penggemar filem menghabiskan masa menonton dari dalam kenderaan mereka yang diparkir di depan layar gergasi.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.