Wow, ‘Roti Gergasi’ Vietnam Tarik Perhatian Dunia!

0 Comments

Di selatan Vietnam terdapat sebuah daerah terpencil yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dipanggil Wilayah An Giang.

Namun, di sebalik lokasi terpencil itu, wilayah berkenaan menggemparkan dunia baru-baru ini apabila viral beberapa gambar roti bersaiz berganda besar daripada roti kebiasaannya.

Digelar sebagai ‘roti gergasi’, roti itu dihasilkan setinggi satu meter dengan berat mencecah hingga 3 kilogram!

VNExpress melaporkan, ada individu mendakwa gambar yang tular diambil menggunakan sudut tertentu untuk mencipta ilusi bagi menampakkan roti berkenaan besar.

Namun, dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali kerana ia benar-benar wujud dan dijual sekitar AS$2.14 atau RM10 setiap satu.

So lepas PKP ni, kalau korang nak try benda rare ni, boleh pergi ke Vietnam dan rasai sendiri keenakan roti gergasi ni. Menarik kan!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.