Hrmm gais lepas ni korang kalau pergi vacation mesti nampak banyak pembaharuan dekat negara-negara luar, termasuk lah di Thailand!
Pembaharuan ini semuanya disebabkan penularan Covid-19 yang menyebabkan semua pihak terpaksa fikirkan something macam mana cara supaya virus tu tak tersebar luas.
Sebuah pusat membeli-belah di Thailand memperkenalkan pedal kaki bagi menggantikan butang pada lif seperti kelazimannya bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19.
Inovasi itu mendapat pujian bukan sahaja di kalangan pelanggan pusat membeli-belah tersebut, malah menarik perhatian seluruh dunia.
Video yang dimuat naik oleh Reuters itu turut mendapat perkongsian yang banyak meskipun hanya beberapa jam disiarkan.
Lif ini diperkenalkan di Seacon Square ketika pusat-pusat beli-belah mula dibuka semula di seluruh Thailand, selepas sekatan membendung penularan Covid-19 mula dilonggarkan.
Warganet yang menonton rakaman video berkenaan turut berharap agar sistem tersebut dapat diperkenalkan lagi secara meluas, terutama ketika dunia menjalani kehidupan dalam norma baru ketika ini berikutan pandemik Covid-19.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini mengingatkan agar seluruh dunia bersiap sedia bagi menjalani norma baharu dalam kehidupan seharian.
Ia berikutan pengeluaran vaksin bagi membendung Covid-19 masih memerlukan masa untuk disiapkan.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak