Gua Penuh Ais Tidak Akan Cair Walaupun Cuaca Luar Panas Terik!

0 Comments

Kalau dah sampai dekat China, korang jangan lupa pergi dekat sini! Tapi make sure korang buat research dulu taw ihiks! 

Di kawasan pergunungan di daerah Shanxi, China, terdapat sebuah gua yang dipenuhi ais pada bahagian dinding dan lantainya.

Gua yang mempunyai kedalaman 85m sekaligus ia menjadikan gua ais paling besar di China.

Dikenali sebagai Gua Ningwu, ia mempunyai keunikkannya tersendiri kerana walaupun bahagian luar gua panas terik, ais dalam gua ini tidak akan cair, malah boleh mengekalkan suhu sejuk pada bahagian dalamnya.

Sebahagian besar gua Ningwu juga dikenali sebagai “perangkap sejuk”.

Gua ini mempunyai jalan keluar dan cerobong yang strategik yang membolehkan udara sejuk masuk semasa musim sejuk, tetapi tidak udara panas pada musim panas.

Pada musim sejuk, udara sejuk kekal di gua, menggerakkan udara yang lebih panas ke atas dan keluar dari gua.

Manakala pada musim panas, udara gua yang sejuk tetap di tempatnya kerana permukaan udara yang relatif hangat lebih ringan dan tidak dapat masuk.

Ais di dalam gua ini juga berfungsi membantu menstabilkan suhu gua.

Bagaimanapun Gua Ningwu bukanlah yang terbesar di dunia dan yang terbesar adalah Eisriesenwelt yang terletak di Werfen, Austria, sekitar 40km di selatan Salzburg.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.