Nak feeling makan tepi tasik dalam rumah kaca? Jom ke sini!

0 Comments

Agak-agak kan, nanti lepas pkp ni, dah boleh fly sana sini, boleh tak makan dalam rumah kaca ni? Ihiks! Cantik kan?

Well, restoran ni terletak di Amsterdam, dikenali sebagai Mediamatic Eten tampil dengan konsep menarik apabila menggunakan dinding kaca sebagai pemisah di antara pelanggannya.

Kelihatan seperti gaya rumah hijau pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan yang berasaskan sayur-sayuran.

Pada masa ini konsep itu masih dalam fasa pengujian, dan ia hanya ditawarkan kepada rakan keluarga dan staf.

Bagaimanapun menurut laman web restoran itu, semua tempahan telah habis terjual buat masa ini.

Namun selepas kerajaannya melonggarkan sekatan jarak sosial banyak tempat mulai diterima malah restoran ini menjadi tumpuan utama penduduk UK.

Menurut restoran itu, seperti yang dilaporkan CNN, pelayan mereka memakai sarung tangan dan pelindung muka untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Selain itu, pelayan juga menggunakan papan panjang untuk membawa hidangan kepada pengunjung di rumah hijau.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.