Macam dalam filem Disney, rusa feeling pemandangan sakura!

0 Comments

Kalau korang terfikir tentang Jepun, mesti korang teringat tentang sakura, kan? 

Terbaru, tular di media sosial video rusa menikmati keindahan bunga sakura di Nara Park berikutan ketiadaan pengunjung di taman tersebut. Sedia maklum, Nara Park memang destinasi terkenal bagi pelancong yang berkunjung ke Jepun untuk berada dekat dengan alam semulajadi.

Dapat dilihat dalam video tersebut, rusa tersebut seperti sedang mengambil angin di taman sambil menikmati kecantikan sakura berwarna merah jambu yang berguguran ke tanah. 

Maklumlah tiada pelancong yang ke taman itu berikutan COVID-19, maka rusa-rusa ini mengambil peluang untuk mencari tempat dan berkeliaran.

Difahamkan, video tersebut diambil oleh jurugambar di Jepun iaitu Kazuki Ikeda ketika sedang dalam sesi photoshoot pasangan sebelum majlis perkahwinan mereka di sana bulan April yang lalu. 

Malah, Kazuki Ikeda mengatakan bahawa selepas penularan wabak pandemik COVID-19 ini tamat, beliau menyeru untuk pelancong datang ke Nara Park untuk berada dekat dengan rusa dan nikmati keindahan alam semulajadi di situ.

Pastinya jika dalam filem Disney, rusa-rusa ini seperti ada ‘adventure’ mereka sendiri walaupun hanya bersantai di taman. 

Perkongsian video ini semestinya mengubat kerinduan korang yang pernah berkunjung ke sini. 

So turn kita la pulak bergambar dengan rusa gais habis pkp ni hehe!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.