Nak rasa makan atas air, jom survey 5 restoran menarik di Hulu Langat

0 Comments

Sekali sekala korang kena la try makan dekat tempat yang rare, bukan apa, seafood fresh, open air lagi, boleh santai dengan member makan sambal bersila dengan view kampung dan restoran atas air. 

Amacam, ngam tak? 

Kalau on, jom kita pergi ke tempat ni, sure korang takkan menyesal! 

1.   Restoran Terra Pong

Mengapa Terra Pong? Kerana restoran Thai-Muslim ini merupakan sebuah restoran terapung! Satu konsep dekor yang jarang ditemukan di Malaysia, memang unik!

Selain itu, bukan sahaja konsep dekor yang menarik, malah menu di sini juga tidak kurang hebatnya! Kebanyakan menu di sini merupakan hidangan Thai, jadi pesan sahaja yang mana korang berkenan.

Antara menu popular yang anda boleh cuba ialah tomyam, Siakap Tiga Rasa, Nasi Ayam Goreng Daun Selasih dan banyak lagi. Untuk minuman pula, Thai Iced Tea merupakan antara yang laku keras di sini.

2.   D’Pallet Place@Langat

Untuk pengetahuan korang, nama restoran ini diambil bersempena dengan konsep dekornya yang menggunakan kayu palet, memang menarik! Lebih mengujakan, ada 19 gerai di sini tau!

Gerai-gerai ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti ayam bakar, makanan Barat, makanan laut, aneka pasta, kopi Manshor dan nasi Arab. Memang bikin ramai rambang mata!

Antara hidangan yang menjadi kegilaan ramai ialah Chilli Crab. Ada berbagai saiz, dan kesemuanya memang bersaiz besar. Untuk kekenyangan dan kepuasan yang berganda, pesan sahaja King Crab.

3.   Lontong King

Biasanya untuk sarapan, pasti korang akan memilih menu sarapan seperti nasi lemak atau roti canai. Inginkan kelainan? Cubalah nikmati lontong pula untuk sarapan pagi!

Di Hulu Langat, Lontong King ini merupakan restoran yang sangat terkenal dengan lontongnya. Tak perlu jauh-jauh sampai ke Johor, kerana lontong di sini seenak lontong Johor.

Selain lontong, hidangan lain seperti nasi lemak, bihun sup dan nasi goreng ada disediakan. Bukan sahaja makanan tempatan, malah makanan Barat seperti Chicken Chop juga boleh didapati di sini, memang berbagai!

4.   Murni Ikan Bakar Hulu Langat

Restoran ikan bakar memang senang didapati, tak kiralah di mana pun anda berada. Namun, tak semua restoran ikan bakar menyediakan ikan yang segar, bukan?

Jangan risau! Kalau korang berada di Hulu Langat, singgah sahaja di Murni Ikan Bakar Hulu Langat ini. Rata-rata pelanggan memang sangat menggemari ikan bakar di sini.

Menurut mereka, ikan bakarnya memang segar kerana diambil dari kolam bersebelahan dengan restoran ini. Isi ikan bakar yang cukup ‘juicy’ yang dicicah dengan air asam memang bikin ramai ketagih!

5.   Sate Misman

Mengidamkan sate? Sate memang cukup enak dimakan terutamanya pada waktu malam. Bagi anda yang berada di sekitar Hulu Langat, korang wajib serbu Sate Misman!

Antara sate yang korang boleh cuba di Sate Misman ialah sate ayam dan sate lembu yang cukup lembut dagingnya. 

Sate di sini juga turut dihidangkan bersama ketupat. Jika dimakan bersama kuah sate, pasti lebih sedap!

Selain sate, menu lain seperti nasi goreng, rojak dan mi kari juga turut disediakan di Sate Misman.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.