Dah ready cabar tekak korang try makanan rare di Malaysia? Ayuh!

0 Comments

Kalau korang travel, mesti nak try benda baru kan? Orang kata tak best la hari-hari makan nasi, sekali sekala nak juga rasa makan benda lain dan femes dekat tempat orang. 

So dah sedia nak cabar tekak korang makan benda yang pelik sikit tapi mungkin sedap dan menyelerakan? Jom layan makanan ni kejap. 

Related image
Kredit: travelling 

Ulat Sagu

Mungkin ada di antara anda yang pernah tahu tentang ulat sagu ni kerana ia sangat terkenal di Malaysia mahupun Asia Tenggara. Masyarat di negeri Sarawak suka memakannya kerana ia mempunyai isi yang gemuk serta berwarna kuning. Ulat sagu ini bukan hanya sedap digoreng bersama kicap tapi ia juga boleh dibuat sup dan dijadikan sate. Emm berani ke makan?

Tapi diingatkan bagi yang beragama islam, anda tidak boleh memakannya kerana pihak berkuasa telah mengeluarkan fatwa bahawa ianya dilarang untuk makan.

Beronok

Pernah dengar tapi tak pernah makan? Haa memang jarang sebenarnya orang makan kerana beronok ni hanya terkenal oleh penduduk di Pulau Langkawi. Sekali tengok, macam gamat tapi bukan ye kerana ia lebih kecil dan hidup di kawasan pantai yang berselut.

Nampak menggelikan kerana teksturnya lembik, tapi beronok ni sedap dibuat kerabu! Ia hanya dimakan mentah kerana sifatnya tidak boleh terkena kepada haba kerana ia akan membuatkan isinya cair dan mengeluarkan air masin jika dimasak.

Related image
Kredit: cookpad

Telur Pindang

Kalau pergi kenduri di Johor dan beberapa kawasan lain mesti anda akan dapat merasa telur pindang ni. Haa bukan masyarakat Cina je tau yang makan. Mesti anda tertanya-tanya kan apa yang peliknya makanan ni? Ada yang suka makan ada juga yang tidak kerana telur pindang direbus bersama herba sehingga warnanya berubah menjadi coklat gelap.

Lidah Lembu

Daging lembu memang sedap tapi kalau dengar je lidah lembu memang tak boleh hadamlah! Bagi yang berani mencuba sesuatu yang baru, Cik Gaya cadangkan korang cuba makan lidah lembu kerana ia sudah menjadi sebahagian kegemaran masyarakat di Malaysia dan telah dijual di kedai-kedai tertentu.

Haa tunggu apa lagi, jom cabar tekak anda dengan merasai sendiri makanan pelik di Malaysia. Selamat mencuba!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.