Jangan lupa singgah tengok benda misteri di Itali, ditanam sejak 1922

0 Comments

Kalau korang pergi ke Itali, ada satu tempat best yang Cik ju boleh share dengan korang. 

This time, tempat ni memang rare gila, sebab lantai jubin dari zaman Rom purba boleh ditemui dalam keadaan yang sangat baik. Tiga hari lalu, lantai jubin cantik dihasilkan dari abad ke-3 telah ditemui di sebuah pekan di utara Itali.

Ahli arkeologi di Verona berkata penemuan lantai jubin tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan dan walaupun sudah tertanam di bawah tanah untuk sekian lama, lantai jubin berkenaan masih dalam keadaan baik; malahan warnanya juga tidak pudar dimamah zaman.

View image on Twitter
View image on Twitter
View image on Twitter

Lebih menarik, jubin ini tertanam di bawah ladang anggur dan mereka perlu menggali beberapa meter ke dalam tanah sebelum lantai jubin ini ditemui. 

Berdasarkan laporan, jubin berkenaan kemungkinan besar adalah milik sebuah villa yang pernah dibina di kawasan tersebut.

Pada tahun 1922, kawasan yang sama pernah digali namun tiada hasil. 

Bagaimanapun, aktiviti tersebut disambung tahun ini dan kini membuahkan hasil.

Kerja-kerja penggalian masih diteruskan untuk melihat secara penuh corak lantai jubin ini disamping mencari asas bangunan villa berkenaan. 

Yang pasti, lokasi ini pasti sebuah pekan yang cantik satu ketika dahulu.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.