Korang Dah Singgah Tempat Rahsia Di Ipoh?

0 Comments

Keindahannya seolah disembunyikan, hingga ramai daripada kita tidak mengetahui kewujudan sebuah tasik yang diberi nama ‘Tasik Cermin’ berhampiran Simpang Pulai di sini.

Namun,Tasik Cermin merupakan tasik yang indah tersembunyi dan mempunyai keunikan yang tersendiri dan tidak dinafikan ia antara satu tempat baru di kalangan pencinta alam semulajadi.

Air tasik cermin ini berwarna hijau dan berkilat seolah olah terlihat seperti cermin serta berkilauan. Ada ketikanya terdapat pantulan bayang gunung di sekeliling terhasil pada permukaan tasik tersebut.

Bagaimana Untuk Pergi Ke Tasik Cermin?

Lokasinya terletak kira-kira 5 kilometer daripada Tol Simpang Pulai dan untuk ke sana, dari Lebuhraya Utara-Selatan, korang boleh keluar melalui Tol Simpang Pulai (Exit 137).

Selepas tol tiba di persimpangan lampu isyarat belok kanan dan ikuti jalan menghala ke Ipoh sejauh 4 kilometer sehingga berjumpa bangunan ACM Automative Corp (di sebelah kanan) dan menyusuri jalan kecil berbatu sehingga ke kawasan kuari batu (yang masih beroperasi).

Untuk pengetahuan kawasan ini merupakan kawasan larangan kerana ia adalah tanah hak persendirian, namun sebarang kerugian dan kemalangan ditanggung sendiri malah pihak pemilik kawasan tidak akan bertanggungjawab. Korang dinasihati supaya berhati-hati dan tidak berniat melakukan perkara yang dilarang.

Laluan jalan yang berlopak-lopak agak menyukarkan untuk sampai ke Tasik Cermin ini dan korang dinasihatkan memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian kerana laluannya berbatu dan tidak rata (kasut bertumit tidak digalakkan langsung).

Korang juga perlu mendaki laluan berbatu hingga terjumpa kawasan landai berpasir dan perlu terus berjalan ke hadapan sehingga menemui sebuah gua.

Korang juga perlu melalui sebuah gua unik tersebut sebelum sampai ke Tasik Cermin dan apabila tiba di hujung pintu gua anda sudah boleh nampak tasiknya yang dikelilingi sepenuhnya bukit batu kapur, airnya yang menghijau bak cermin dengan panorama bukit dan hutan yang menenangkan jiwa.

Sambil bersantai uols pastinya teruja melihat kilauan cahaya yang timbul dari pancaran matahari terus ke permukaan air tasik.

Jadi untuk bergambar berlatarbelakangkan pemandangan serta keindahan alam sekitar ini antara lokasi yang dicadangkan buat korang!

Tapi perlulah bijak memilih waktu sebab bila korang datang pada tengah hari cahaya terlalu terang dan gambar kurang menarik.

Dan korang juga dinasihatkan untuk datang secara berkumpulan kerana lokasi tasik sunyi dan terpencil jadi untuk tujuan keselamatan lebih baik tidak datang seorang diri.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.