Nak honeymoon, tapi tak sangka sampai kena tidur dekat kaki lima

0 Comments

Memang seronok kahwin sebelum PKP sebab boleh berbulan madu dalam tempoh yang lama. 

Tapi kalau dah terperangkap dekat Sri Lanka sampai dah 3 bulan, dan tak boleh balik ke negara asal iaitu San Francisco di Amerika Syarikat, itu bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidup pasangan tersebut. 

Paling teruk apabila mereka pun terpaksa tidur di kaki lima sebab dah hotel tak terima pengunjung lagi.  

Sejak berangkat ke Sri Lanka pada 8 Mac lalu, Michelle dan John Senyard masih berada di negara tersebut sehingga kini dan pasangan itu memberitahu percutian itu bertukar menjadi sesuatu yang pahit untuk dikenang sebagai pasangan baharu mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini tular di media sosial apabila gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram menjadi perhatian pengikut mereka yang teruja dan kagum dengan sikap romantik pasangan itu meskipun berada dalam situasi tidak menentu.

Bagaimanapun kata Michelle, apa yang dipaparkan bukanlah seindah yang disangkakan sebaliknya melalui pelbagai rintangan di sebalik apa dipaparkan di media sosial.

Katanya, sepanjang tempoh itu mereka telah melalui pelbagai dugaan termasuk penerbangan yang dibatalkan, diusir daripada hotel secara tiba-tiba.

“Kami hampir tidur di kaki lima kerana sejak penularan Covid-19, banyak hotel ditutup namun kami beruntung kerana berjaya menemui sebuah hostel yang masih menerima tetamu pada saat genting ini,” katanya.

Tidak hanya itu, Michelle memberitahu bulan madu mereka bertukar pahit bak hempedu kerana tidak dapat berkunjung ke tempat-tempat menarik selain sukar mencari makanan.

“Di sini kerajaan mengehadkan tempoh berada di luar rumah termasuk tidak boleh keluar pada waktu malam dan sebagai pelancong ia menyukarkan urusan terutamanya bagi mendapatkan bekalan makanan,” jelasnya.

Pun begitu, pasangan ini optimis wabak berbahaya itu akan berakhir tidak lama lagi dan mereka dapat pulang ke negara asal bagi menjalani kehidupan seperti biasa.

“Kini apa yang boleh kami lakukan adalah bersabar kerana wabak ini bukan perkara main-main. Sudah tentu kami ingin pulang dan saat itu akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.