Jom feeling mat saleh, vacay tapi dekat PD je!

0 Comments

Buat mereka yang ingin bercuti ke Port Dickson & mahukan kelainan, kali ini Team Kaki Travel nak suggestkan korang untuk menginap di kawasan yang serba fancy & colorful! Kalau korang nak merasa percutian seperti di Desa ala-ala Inggeris, jom menginap di Cottage Homes PD.

Cottage Homes PD mula dibuka pada November 2018. Ianya berlokasi di Kg. Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Jaraknya nak ke Teluk Kemang cuma 7 minit sahaja. Berkonsepkan Cottage kedesaan Inggeris, homestay ini pasti menawan hati korang sebab terlalu cute & menarik. Tempat ini sesuai sangat untuk buat family gathering, reunion & bachelorette party beb!

Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 jenis rumah yang ditawarkan iaitu Mini Bungalow & Studio Suites. Menariknya di sini, setiap rumah mempunyai warna & nama yang berbeza!

Mini Bungalow, terbahagi kepada 2 jenis warna iaitu:

  • Daisy Cottage (Pink)
  • Bluebell Cottage (Blue)

Studio Suites juga terbahagi kepada 2 jenis warna iaitu:

  • Lavender Cottage (ungu)
  • Sunflower Cottage (kuning)

Kalau korang rasa malas nak mandi laut tu, haa bolehlah terjun dalam swimming pool ni! Kolam renang ini terbuka kepada setiap pengunjung yang stay di Cottage Homes PD tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.

Jangan lepaskan peluang korang untuk bersantai sambil bergambar di buaian & gazebo yang berkonsepkan English style ini. Sesekali fefeling macam ada kat oversea pun best jugak!

Cottage Homes PD turut menyediakan ruangan & alatan untuk korang buat BBQ. So, kalau nak bercuti ke sini bolehlah plan dengan family atau member korang untuk bawa sekali bahan-bahan untuk ber-BBQ ya!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.