Bagi kaki travel yang gemar untuk melakukan aktiviti yang ‘rare’, bahagian Utara Vietnam adalah destinasi terbaik untuk diterokai.
Daerah-daerah terpencil di Utara Vietnam yang unik menjanjikan pengalaman baharu kepada penggembara bagi menikmati keindahan alam dan juga perbezaan budaya.
Penggembara bermotosikal iaitu Bro Kamal dari @malaysiamotorbikerental bersama 10 rakan-rakannya ke Vietnam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi pengalaman yang sangat luar biasa dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Menelusuri perkampungan terpencil di sana dengan hanya bermotosikal bukan sahaja suatu cabaran tetapi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Kehidupan masyarakat dan budaya berbeza memberi perspektif baru dalam mempelajari dan menyelami tentang masyarakat setempat.
Jika berkesempatan mengembara ke Vietnam, korang turut disarankan ke lapan lokasi ini yang patut dikunjungi dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di sana.
1. Masjid Al Noor Old Quarter
Tempat berkumpulnya masyarakat Muslim di Hanoi dan menjalankan aktiviti keagamaan yang boleh memuatkan 300 jemaah dalam satu masa.
2. Sleeper Bus
Jika dari Hanoi hendak menuju ke Ha Giang, anda disarankan untuk merasai pengalaman menaiki ‘Sleeper Bus’ dengan perkhidmatan VVIP! Harganya juga berpatutan dan cukup selesa menjadikan perjalanan yang memakan masa enam jam.
3. Khau Vai Love Market, Meo Vac
Tempat berkumpul masyarakat etnik gunung (Hill Tribe) pada 27 Mac setiap tahun untuk meraikan cinta mereka atau dikenali sebagai “Pasar Mencari Jodoh”.
Jadi jika ingin berkunjung ke sini perlulah mengikut tarikh festival itu diraikan.
4. Kopi Vietnam yang dibancuh dengan telur
Rasanya cukup enak seperti “Dalgona Coffee viral” dan ia minuman yang mesti dicuba jika ke Vietnam!
5. Homestay di Du Ghia
Rasai pengalaman bermalam di homestay penduduk tempatan yang sangat unik. Kami menginap di salah sebuah homestay bersama-sama pemilik rumah tersebut.
Suasana kehidupan seperti di kampung halaman menggamit kenangan ketika zaman kecil namun perbezaan menyelami kehidupan kampung bangsa lain memberi keterujaan untuk mengetahui budaya dan adat unik dan perlu dihargai setiap momen ketika berada di situ.
6. Ma Pi Leng Pass
Bagi pengembara bermotorsikal, laluan ini mesti dilalui kerana ia amat mencabar tetapi cukup memuaskan!
7. Signature Event
Oleh kerana makanan halal sukar ditemui di sepanjang jalan, jadi memasak dan menikmati juadah ala kadar di tepi-tepi sungai atau jalan semasa pengembaraan adalah ditunggu-tunggu… Rehat dan rawat setelah beberapa jam berkenderaan dua roda.
8. Cable Car, Fan Si Pan
Rasai pengalaman ke puncak gunung di Utara Vietnam yang sangat menakjubkan. Dengan menaiki “cable car” menuju ke puncak gunung Fansipan sambil menikmati panorama yang mengasyikkan.
Perjalanan yang mengambil masa lebih dua jam itu memberikan pengalaman yang sangat indah!
Jadi, apa tunggu lagi! Masukkan Utara Vietnam dalam bucket list travel korang untuk menikmati pengembaraan yang ‘rare’ selepas tempoh PKP nanti.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak