Laluan masuk dibuka, semua rakyat Malaysia boleh ke Sabah

0 Comments

Baca story ni mesti korang jadi super excited kan? Well dah boleh travel ke Sabah! 

Okay jom baca elok-elok dan hadam betul-betul. 

Sabah membenarkan kemasukan ke negeri itu menerusi semua laluan yang berkuat kuasa hari ini.

Kebenaran itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Malah, kerajaan negeri turut bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di negeri ini dengan syarat telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah serta disahkan negatif.

Malah surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di negeri ini.

Pihak kerajaan negeri Sabah turut mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu.

Bagi maksud warganegara bukan rakyat Sabah dan pelancong diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah ketika tiba di negeri ini. 

So korang belum lagi rentas negeri, tak boleh la pergi travel ke Sabah lagi, melainkan kalau korang ada pas kerja, so korang bolehlah sambal cuci mata ke Sabah. 

Sabar okay?

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.