Masjid Al-Sahaba terkenal dengan gaya elegannya! Jom OOTD di sini

0 Comments

Selain memiliki padang pasir yang luas dan mempesonakan serta binaan piramid purba yang luar biasa, Mesir juga sering menjadi pilihan sebagai destinasi pelancongan kepada mereka yang ingin melihat secara dekat keindahan seni bina Islam yang dizahirkan menerusi pembinaan masjid unik mereka.

Antara karya seni bina agung yang menjadi perhatian pelancong dari seluruh dunia adalah MASJID AL-SAHABA yang terletak di kawasan pasar lama Sharm El Sheikh.

Masjid yang dari luaran umpama sebuah istana lama dengan seni bina gaya Uthmaniyyah itu tersergam indah dan elegen serta mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti jatuh cinta.

Berikut adalah 10 fakta menarik yang mungkin anda perlu tahu mengenai Masjid Al-Sahaba ini:-

1.   Batu asas masjid diletakkan pada bulan Januari 2011, tetapi kerja-kerja pembinaan terpaksa ditangguhkan sementara akibat Revolusi Mesir 2011 iaitu satu siri tunjuk perasaan dan bantahan secara besar-besaran terhadap Presiden negara itu.

Namun, proses pembinaan masjid tersebut berjaya disambung kembali pada bulan April tahun yang sama.

2.   Reka bentuk masjid ini yang unik telah direka oleh seorang arkitek Mesir bernama Fouad Tawfik Hafez secara PERCUMA dan tanpa sebarang bayaran.

3.   Masjid ini sebenarnya dibina di atas tapak hasil kesan runtuhan dari zaman pendudukan Israel.

4.   Jumlah keseluruhan pembinaan Masjid Al-Sahaba mencecah 30 juta Pound Mesir (EGP) atau kira-kira RM8 juta.

10 juta EGP berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai, 10 juta EGP lagi dihasilkan ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb manakala baki 10 juta EGP dibiayai oleh badan kejuruteraan angkatan tentera Mesir sendiri.

5.   Fasa terakhir untuk menyiapkan Masjid Al-Sahaba telah menelan belanja kira-kira 15 juta EGP. Ketika itu, Presidennya, Abdel Fattah al-Sisi telah mengarahkan Perdana Menteri, Mehleb untuk menampung kosnya.

Arahan itu disuarakan ketika beliau menghadiri persidangan ekonomi Mesir di Sharm El Sheikh pada tahun 2015.

6.   Masjid Al-Sahaba ini dibina di atas kawasan seluas 3,000 meter persegi, dengan menara setinggi 76 meter. Ketinggian bumbungnya pula adalah 36 meter dan ia boleh menampung kira-kira 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

7.   Masjid itu dirasmikan pada hari Jumaat, 24 Mac, dengan Mufti Besar, Shawky Allam dan Gabenor Sinai Selatan, Ketua Umum Khaled Fouda turut hadir untuk sesi pembukaan pertamanya.

8.   Al-Sahaba menjadi masjid kedua terbesar di Sharm El Sheikh.

9.   Selain menjadi tempat ibadat, Masjid Al-Sahaba turut dilengkapi pusat kebudayaan Islam global dan perpustakaan agama serta kebudayaan dalam pelbagai bahasa.

10.   Masjid ini menggunakan khidmat 2 orang Imam yang fasih berbahasa Inggeris dan Perancis.

Sumber: Egypt Independent

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.