Nak bercuti dengan bajet kecil? Jom stay di sini dengan family!

0 Comments

Dah boleh melancong ni, jomlah bawa keluarga bercuti, dekat pun okay tapi janji best, kan?

so jom kita ke melaka, percutian bajet dan sempoi!

1.   Ke Cabin Bungalow

Sebuah rumah banglo dan 4 unit bilik berkonsepkan kontena kabin yang unik pasti memberikan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan semasa anda di Melaka. Boleh memuatkan seramai 40 orang jika anda sewa kesemua 4 unit kontena dan sebuah banglo ini. Sesuai sangat untuk aktiviti gathering bersama keluarga atau rakan-rakan.

Di banglo fasilitinya lebih lengkap dengan ruang tamu yang besar, dapur dan ruang menonton TV yang selesa. Unit kontena juga tidak mengecewakan kerana sungguhpun ruang dalaman agak terhad, namun kawasan luarnya sangat lapang. Ruang parking pun tiada masalah. Siap ada kolam renang dan ruang BBQ untuk bersantai. Yang penting, anak-anak mesti suka!

Harga: RM199-RM 250/malam (unit kontena maksimum 4 orang), RM990/malam (banglo dengan maksimum 15 orang)

Banglo yang luas dan cantik / Foto Kredit: traveloka.com
Kredit: Najwa Hamidi
Kredit: FB Ke Cabin Bungalow

2.   The Hut, Serkam

Chalet The Hut terletak di Kg Serkam Pantai, 500 meter dari Medan Ikan Bakar Serkam yang popular. Chalet The Hut adalah homestay di Melaka yang amat sesuai bagi mereka yang ingin merasa suasana kedamaian kampung. Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur senibina Melayu.

The Hut menyediakan sebuah kolam renang untuk bermain air. Tentu anak-anak seronok! Selain itu, The Hut ada menyediakan perkhidmatan menyewa basikal untuk anda bersiar-siar sambil menikmati keindahan pemandangan sekitar kawasan tersebut.

Terdapat 5 unit bilik berasingan dengan kapasiti maksimum untuk 20 orang (4 orang setiap bilik)

Harga: RM160 – RM200 / malam (1 bilik 4 orang)

Kredit: Facebook The Hut Malaysia
Kredit: Facebook The Hut Malaysia
Kredit: Facebook The Hut Malaysia

3.   Limastiga, Umbai

Limastiga adalah antara homestay di Melaka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sesuai dengan namanya, penginapan berbumbung limas ini mendapat sentuhan senibina serta landskap yang amat mengagumkan. Segenap ruang tampil ekslusif dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang redup serta elemen air yang menyegarkan.

Terletak berdekatan dengan Muara Ikan Bakar Umbai, serta beberapa lagi tarikan menarik seperti, Restoran Ikan Bakar terapung dan Perigi Hang Tuah, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.

Terdapat 3 buah rumah limas yang boleh memuatkan sehingga 24 orang dalam kawasan yang cantik ini.

Harga: Pakej berharga sekitar RM2300 – RM2800 (untuk 3 buah rumah yang boleh memuatkan 24 orang)

Kredit: Facebook Limastiga
Kredit: Facebook Limastiga

4.   Masbro Village Homestay

Jika datang dari Melaka melewati Tol Alor Gajah, pasti akan terpandang beberapa buah rumah berbentuk segi tiga berwarna-warni. Memang ceria!

Terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Air Keroh, penginapan unik ini merupakan antara tarikan rumah penginapan terkini di Melaka yang dikatakan mirip dengan Brighton Beach, Australia. 

Dengan laman yang cantik serta kolam renang yang besar, setiap sebuah rumah 2 tingkat ini dapat memuatkan sehingga 6 orang. Sesuai untuk dikunjungi keluarga kerana ia bukan saja selesa dan cantik, tetap juga convenient. Tesco Cheng Stadium Hang Jebat hanya 5 minit berjalan kaki. Bagi yang bawa anak-anak, tak perlu risaukan tentang keselamatan, kerana kawasan ini berpagar.

Harga: RM280 untuk seunit/ malam (6 orang)

Kredit: Facebook Masbro Village Boutique Homestay

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.