Apa ada di Sungai Golok?

0 Comments

Untuk pengetahuan korang, dari Kelantan ke Pekan Golok hanyalah 40 minit dengan merentasi Sungai Golok. 

Tapi mungkin ramai yang tak tahu apa yang ada di Golok, dan rugi kalau korang tak pergi taw!

Lagi-lagi kalau korang memang orang Kelantan, so jom kita check out apa je yang menarik di sana. 

Permulaan dari Pasir Mas, Kelantan ke Pekan Mundok

Korang boleh masuk ke Thailand dengan menggunakan kereta janji melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh Imigresen. 

Jadi korang boleh ke pejabat District Officer, dan terus ke Munduk. Buat pengetahuan korang di Pekan Munduk, uols boleh membeli belah di sana kerana harga barangan yang dijual sangatlah murah. 

Kebanyakan peniaga di Kelantan pengambil barangan di sana untuk mendapatkan harga yang murah (dengan pembelian secara borong). Antara barangan yang dijual seperti tudung, baju, toto, mercun dan banyak lagi.

Makan tengah hari di Pekan Golok

Setelah penat shopping di Munduk anda boleh terus ke Pekan Golok untuk menikmati hidangan tengah hari. So korang dicadangkan untuk makan di Banglee Restaurant.

Di sana uols perlu bijak memilih kedai kerana banyak makanan tidak halal di sana. Di restoran Banglee saya yakin anda akan berpuas hati dengan masakannya, bukan itu sahaja harga makanan di sana juga berpatutan.

Syurga barangan murah di pasar utama Golok

Setelah makan tengah hari korang boleh terus ke pasar utama Golok.

Pasar ini merupakan kunjungan utama pelancong kerana segala barangan ada dijual di sana. Bagi pelancong wanita mereka lebih tertumpu membeli barangan seperti bag, makeup dan barang kemas. Bagi lelaki pula korang boleh shopping kudap-kudap. 

Nikmati sotong bakar di bazar

Untuk destinasi terakhir korang dicadangkan untuk mengunjungi bazar makanan di tepi stadium bola. Apa yang best dekat bazar ini adalah sotong bakar dan lok cing Siam kalau anda makan confirm jilat jari.

Patutlah ramai orang cakap seronok lintas sempadan dan nikmati makanan di Golok. Kalau anda datang Kelantan, alang-alang dah sampai tu, cubalah melawat Golok di Wilayah Narathiwat. Segala barangan yang di jual dengan harga yang sangat berpatutan.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.