Nak melancong memang seronok, tapi terdapat beberapa perkara yang korang perlu ambil kira supaya tidak melanggar pantang larang di sesuatu tempat.
Biar betul? YES. Jom baca sini gais!
Jangan senyum sembarangan kepada orang Russia
Bila korang berada di Russia jangan senyum sembarangan kerana bagi mereka senyuman kepada seseorang adalah kerana anda tertarik kepada seseorang, kecuali anda sudah mengenali mereka. Berbeza dengan kita, senyuman adalah sedekah dan korang digalakkan melakukannya. Tetapi jangan lakukannya di Russia kerana ini adalah tradisi mereka.
Jangan bagi wang tip kepada orang Jepun
Mungkin memberi wang tip kepada pekerja hotel dianggap biasa di negara anda tetapi jangan sekali-kali lakukan di Jepun kerana mereka berpendapat anda menghina mereka. Bagi mereka anda mungkin menghina atau cuba memberi rasuah kepada mereka. Jadi jangan lakukan ini bila korang berada di Jepun.
Jangan menulis nama dengan dakwat merah dan melambai di Korea Selatan
Sekiranya, anda berada di Korea Selatan jangan sekali-kali menulis nama anda dengan dakwat merah kerana mereka berpendapat orang tersebut sudah meninggal dunia. Jadi jangan sekali-kali lakunya di Korea Selatan.
Selain itu, korang juga tidak di benarkan melambai-lambai tangan bila berada di Korea Selatan. Jika di negara kita lambai tangan adalah bertujuan mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang atau memanggil teksi tetapi sebaliknya jika anda berada di Korea kerana mereka menganggap anda memanggil anjing.
Sembunyikan tangan di Jerman
Jika bercakap dengan orang Jerman jangan sekali-kali memasukkan tangan ke dalam saku kerana mereka menganggap korang tidak menghargai percakapan mereka. Malah korang juga dianggap tidak sopan. Begitu juga jika sedang makan jangan meletakkan tangan di bawah meja, letak di atas meja kerana ini merupakan tradisi mereka.
Memberi bunga di China dan Russia
Bunga dianggap satu benda yang kita beri kepada orang tersayang untuk menyatakan perasaan sayang kita terhadap mereka. Namun sebaliknya jika berada di China kerana bagi mereka bunga adalah tanda kematian dan mendoakan mereka cepat mati.
Begitu juga di Russia jika anda menghadiahkan bunga dengan jumlah genap mereka akan menyangka anda mendoakan kematian.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak