Pasar ini pelik tapi memang wujud di dunia

0 Comments

Pasar merupakan tempat kita membeli barangan keperluan harian dan sebagainya, tapi pasar ni berbeza sebab dekat sini jual barangan yang korang memang takkan dapat di tempat lain. Jom tengok sini. 

1.   Voodoo Fetish Market, Togo

Barangan yang di jual di sini benar-benar mengerikan, antara barangan yang dijual ialah kepala gajah, kaki gajah dan bahagian tubuh haiwan yang lain. Banyak kerangka haiwan-haiwan liar di sana. Kesemua barangan di jual adalah barangan ubat-ubatan dan kalau anda mencari makanan memang tidak ada dijual di sana. Masyarakat di daerah Togo juga percaya bahawa ubatan begitu dapat menyembuhkan penyakit.

2.   Spiderville, Kemboja

Barang-barang yang dijual di sini seperti labah-labah tarantula. Haiwan-haiwan yang liar ini dijual dan dianggap sebagai makanan jajan bagi orang Kemboja. Ada antara mereka menyatakan makanan ini rasa seperti ayam.

3.   Deyrolle, Paris

Deyrolle merupakan sebuah kedai yang menjual barangan pelik-pelik seperti kepala rusa, tulang haiwan, katak dan pelbagai jenis serangga yang agak unik. Di dalam kedai ini juga terdapat jasad haiwan yang telah mati kemudian telah diawetkan. Tokoh ini telah didirikan beberapa abad terdahulu.

4.   Mercadado De Sonora, Mexico

Kalau korang melihat barangan yang dijual di pasar ini, pasti korang akan terkejut kerana barangan yang di jual sangat tidak masuk akal. Pasar ini menjual barangan pemujaan seperti patung untuk memanggil roh yang telah mati. Pasar sesuai untuk orang yang mengamalkan ilmu hitam dan kepercayaan karut.

5.   Gypsy Brides Market, Bulgaria

Pasar ini yang membuat para lelaki akan ke sana. Apa yang dijual ialah pengantin perempuan bersama ibunya, mereka telah didandanan dengan cantik sekali. Apa yang menariknya seorang lelaki yang memilih pengantin ini dan telah disetujui oleh mak pengantin perempuan, mereka dibenarkan membawa pulang wanita tersebut dan terus melangsungkan perkahwinan. Anda boleh saksikan video di bawah.


Kesimpulannya, pasar ini memang tidak masuk akal tetapi memang wujud di dunia ini. Jadi bagi yang sedang mencari jodoh tu boleh la ke Bulgaria untuk membeli calon isteri.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.