Bagi yang dah lama mengimpikan percutian ke tanah tinggi dan merasai suasana kedinginan ketika berjalan-jalan bersama keluarga atau rakan-rakan, korang dah boleh memulakan kunjungan ke Resorts World Genting!
Resorts World Genting dah dibuka semula kepada pengunjung dengan langkah keselamatan dan SOP yang dipertingkatkan demi memastikan kesihatan dan keselamatan semua tetamu dan kakitangan resort terjamin.
Genting Malaysia memaklumkan kereta kabel Awana Skyway dan bas ekspres Genting juga beroperasi seperti biasa untuk memudahkan perjalanan para tetamu mereka bercuti ke lokasi percutian seisi keluarga itu.
Ketika bercuti ke sana, korang tak perlu gusar kerana Genting telah mewujudkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai ‘RWG StaySafe Promise’ menggariskan pelan keselamatan yang dipertingkatkan di resort tersebut.
Protokol itu antara lainnya meliputi langkah-langkah penjarakan sosial, menambah proses pembersihan dan pembasmian kuman, serta penempatan duta servis.
Duta servis merupakan kakitangan resort yang dilatih khusus untuk membantu tetamu yang kembali ke resort mengenai langkah keselamatan yang telah dipertingkatkan.
Malah pihak Genting juga melaksanakan aplikasi MySejahtera di semua laluan masuk utama dan premis di seluruh resort.
Oleh itu, tetamu adalah digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera sebelum berkunjung ke Genting untuk memudahkan pergerakan dan akses masuk mereka.
So dah taw ke nak pegi have fun kat mana this weekend?
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun