Tempat menarik dan unik korang harus pergi!

0 Comments

Kalau tengok gambar-gambar ni memang sumpah cantik, korang mesti mcm tak percaya yang tempat ni memang wujud, kan? 

Tapi YES, percaya la korang mesti akan menangis bila sampai dekat tempat ni dan tengok sendiri depan mata. 

Ini antara tempat-tempatnya yang korang boleh pergi untuk tengok view yang sangat naiss. 

1.   Empangan New Croton

Empangan ini hanya terletak kira-kira 22 batu dari New York, namun hanya sedikit yang pernah melihat keajaiban pemandangan empangan ini dengan air yang mengalir turun dari tebingnya yang kelihatan seperti kabus. Ia dibuka pada tahun 1906 dan merupakan bekalan air utama New York.

2.   Geiser fly, Nevada

Dengan keindahan warna pelanginya yang menawan, geiser yang indah ini tampak tidak ubah seperti prop filem fiksyen. Ianya tidak pernah disentuh melainkan untuk kerja-kerja menggerudi dan memasukkan pam air.

3.   Sungai lima warna, Colombia

Sungai ini juga digelar Pelangi Cecair kerana warna-warnanya yang cantik dan terang. Warna merah, hijau, biru, kuning dan juga hitam dihasilkan oleh spesis tumbuhan unik yang tumbuh di kedua-dua belah sungai.

4.   Pamukkale, Turki

Terletak di bahagian tengah Turki, tempat ajaib ini adalah destinasi pelancongan yang paling popular di negara ini. Kolam Pamukkale ini merupakan kolam teres yang menakjubkan serta sangat dikenali sebagai kolam terma terapeutik. Walau bagaimanapun, kerajaan Turki kini sedang berusaha keras bagi menyelamatkan keajaiban alam semula jadi ini disebabkan oleh kemasukan pelancong yang berlebihan.

5.   Beachy head chalk cliff, England

Tebing batu kapur semula jadi yang sangat indah ini dikenali kerana bentuk dan pemandangannya yang seolah-olah terapung di awan. Ia merupakan salah satu tempat paling terkenal di England untuk jurugambar dan pelancong.

6.   Lake sørvágsvatn, Pulau Faroe, Denmark

Tasik gunung berapi yang menakjubkan ini terletak di atas permukaan laut, tasik Sørvágsvatn tercipta disebabkan oleh pembentukan geologi yang unik dan kelihatan pulau itu seolah-olah seperti tempat yang digambarkan dalam kisah-kisah dongeng.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.