Tempat makan murah dan best di Damansara. Wajib try!

0 Comments

Bagi korang yang duduk berdekatan di Kota Damansara, mesti selalu jadi masalah tak tahu mahu nak makan apa. Dan masti ada di antara korang yang tidak habis lagi menerokai kedai-kedai makan yang berada di sana.

Terbaru, seorang pengguna Twitter @mimieyuzi telah berkongsi beberapa tempat makan yang murah dan sedap di Kota Damansara. 

1.   The Food Boss

Kedai yang terletak di sebelah The Soru ini menawarkan anda makanan yang sedap dan murah. Terdapat makanan local dan juga western di sini. Paling penting harga sangat murah dan berpatutan.

2.   H.H. Mee, Giant Kota Damansara

EEGaS97U0AEAx3J

Bagi siapa yang suka makan masakan Cina, inilah tempat yang patut anda pergi. Memang terbaik mee tarik dia. Malah, harga makanan hanya bermula RM8.50 dan anda dapat free flow air. Best kan?

3.   Restoran Chili Crab

EEGkAZbUYAAtKoY

Buat anda yang gemar makan makanan seafood, sinilah tempat makan yang anda harus pergi. Chili crab dan butter chicken di sini memang terangkat dan padu. Bagi anda yang tidak tahu di mana lokasi restoran ini, ia terletak berhampiran Sunway Giza.

4.   The Soru

Sebut sahaja The Soru mesti ramai yang tahu bahawa kedai ini hadir dengan menu western. Bukan sahaja berpatutan tetapi makanan dia memang sedap. Kalau datang bersama family atau kawan-kawan try la ‘the platter’. Memang berbaloi.

5.   gbh bundle cafe, Jalan Kenyalang

EEGpORkVAAET0G3

Boleh dikatakan kedai ini menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah. Kedai ini walaupun kecil tapi makanan dia sedap dan berbaloi. Terdapat pelbagai pilihan daripada western sehinggalah ke menu tempatan.

EEGpORvU0AAgJng

Adakah ada daripada list ini yang korang belum lagi mencuba? Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu korang yang berada di sekitar Kota Damansara untuk membuat keputusan mahu makan di mana!

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.