Makan di Ampang ni macam berada di Thailand…

2 Comments

Siapa sangka di Ampang terdapat sebuah restoran Thai yang unik dan akan memberikan anda satu pengalaman berbeza untuk menikmati makanan korang.

Veg Fish Farm Thai Restaurant nama diberi dan ia merupakan hidden gems di hutan Hulu Langat.

Apa yang menjadi tarikan di restoran ini adalah makanan dihantar dengan menggunakan bot laju oleh pelayan restoran. Merentasi tasik dari dapur ke tempat makan, makanan korang akan dihidangkan dengan cara berbeza seperti di Thailand. 

90211307_1624949021001007_1742085872523673600_n

Sudah namanya restoran makanan Thai, pastinya pelbagai seleksi makanan Thai boleh dicuba dan nikmati terutama sekali tomyam, street food Thailand dan juga makanan laut yang segar.

Bukan itu sahaja, restoran ini yang dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi pastinya akan membuat anda berasa tenang saat menikmati hidangan anda. Malah, anda juga dapat melihat ikan berenang-renang dalam tasik membuatkan korang seperti sedang bercuti.

56816159_109313740138481_8461861558720264231_n

Pastinya restoran ini merupakan antara tempat makan menarik yang perlu korang cuba terutama sekali mereka yang ingin makan sambil nikmati keindahan alam semulajadi. 

Ingat taw, restoran ini dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11.30 malam.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

2 Replies to “Makan di Ampang ni macam berada di Thailand…”

  1. Knp tak bg tau ampng di mana lokasi nya. Jika boleh bg lah alamat nya atau share lokasi.. In shaa Allah kami sampai..

Leave a Reply

Your email address will not be published.