Kalau sebut je nama Cameron Highlands, yang terlintas di fikiran kita mesti cuacanya yang sejuk, ladang tehnya yang terbentang luas, buah strawberinya yang merah menyala dan pelbagai lagi jenis tumbuhan seperti kaktus dan bunga-bunga yang cantik.
Tapi kalau korang ada plan nak bercuti ke tanah tinggi popular itu dan ingin merasai pengalaman berbeza berbanding kunjungan sebelum ini, apa kata korang singgah ke The Sheep Sanctuary di Kea Farm, Brinchang!
Di sini korang bakal merasai pengalaman bermanja dengan kambing biri-biri secara lebih dekat serta memberi makan kepada haiwan gebu yang berbulu tebal itu.
Menurut pemiliknya, Goh Bing Tzuan, tempat ini menempatkan 14 ekor kambing biri-biri baka merino yang diimport dari Australia.
Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung, cuma mereka boleh membeli makanan berharga RM3 untuk diberikan kepada kambing biri-biri di situ serta berpeluang bergambar dengan haiwan comel tersebut.
Pembukaan The Sheep Sanctuary ini mengambil inspirasi daripada ladang kambing biri-biri di Taiwan.
Jadi bagi korang yang nak rasa suatu pengalaman baharu ketika bercuti ke Cameron, bolehlah kunjungi The Sheep Sanctuary, anak-anak mesti suka dapat bermain dengan kambing biri-biri di sana!
Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju