Perhatian kepada kaki pancing dan kaki candat sotong!!
Korang dah boleh kembali ke laut perairan Terengganu yang sememangnya terkenal sebagai destinasi mencandat sotong di kalangan penggemar aktiviti tersebut.
Malah, Kerajaan Negeri Terengganu juga telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) lengkap sebagai panduan mencandat sotong sesuai ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antaranya SOP berkenaan adalah seperti:
- Memilih Bot mengikut had yang ditetapkan iaitu hanya separuh dari kapasiti asal penumpang
- Muatnaik Aplikasi Imbas Kod QR
- Pemakaian Topeng Muka
- Imbas Kod QR
- Periksa Suhu Badan
- Cuci Tangan Menggunakan Sanitizer
- Pakai Jaket Keselamatan
- Penjarakan 1 Meter di dalam Bot
Menariknya, aktiviti mencandat sotong pada musim PKPP kali ini harganya dijangka tidak akan meningkat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman, “sebagai contoh bot, kalau dulu mereka bagi sewa RM1,500 satu malam, memang pengusaha bot pun mengakui tak boleh mengenakan kos sebegitu lagi dengan kapasiti penumpang kurang hampir separuh berbanding dulu.”
Jelasnya, isu yang paling utama mengakibatkan kos tinggi sebelum ini ialah minyak dan dengan pengurangan harga petrol kini, kosnya tidak akan menjadi tinggi.
Jadi tunggu apa lagi? Kalau korang teringin nak merasai sendiri pengalaman mencandat sotong, di sini ada sebuah pakej menarik yang telah dikongsikan di Twitter Rasmi Tourism Terengganu iaitu Beautiful Terengganu Malaysia.
Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju