5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Jika Bercuti Ke Jambatan Angkat Terengganu

0 Comments

Semakin menuju ke hujung tahun, mesti ramai yang telah memilih destinasi percutian untuk dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi yang tahun ini merancang untuk berjalan-jalan ke negeri-negeri di sebelah Pantai Timur seperti ke Kuala Terengganu, korang wajib singgah ke tarikan terbaharunya iaitu Jambatan Angkat.

Tapi mesti ramai juga yang tertanya-tanya apa je aktiviti yang boleh dilakukan di jambatan angkat pertama di Asia Tenggara itu, kan?

Berikut adalah program yang bakal diadakan di Jambatan Angkat tersebut dan kawasan sekitarnya, bermula pertengahan November ini sehingga Februari 2021: 

1.   Penganjuran Taman Tema Mini

2.   Acara sukan lasak seperti cabaran ‘Ninja Warrior’ di sebelah muara utara Jambatan Angkat

3.   Galeri ‘sky bridge’ di bahagian paling atas Jambatan Angkat

(Antara tema: lukisan-lukisan pelukis tempatan, pameran arca-arca daripada pelajar UiTM (Universiti Teknologi Mara) dan pameran artifak Rasulullah SAW)

4.   Merasai pengalaman berada di atas lantai kaca setinggi 16 tingkat

5.   Menikmati pelbagai juadah menarik di 50 buah ‘food truck’.
 

Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jambatan Angkat tu, kan!

Jadi bagi siapa yang takut atau teragak-agak untuk menjadikan Terengganu sebagai antara destinasi percutian hujung tahun ini kerana risaukan musim monsun yang berkemungkinan membawa kejadian banjir, dah tak perlu bimbang ya.

Mungkin pulau-pulau di Terengganu sahaja yang tidak boleh dilawati pada musim tengkujuh ini, jadi pelancong boleh mengambil alternatif lain dengan berkunjung ke pusat bandar Kuala Terengganu yang bebas daripada banjir.

Untuk info, harga tiket galeri ‘sky bridge’ adalah RM5 untuk semua warganegara manakala bagi bukan warganegara sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.