Tak tahu nak bercuti mana? Jangan risau, jom rilex gi tengok wayang gais!

0 Comments

Mungkin ada yang nak pergi bercuti tapi ada yang tak cukup bajet, so apa korang boleh buat adalah menonton wayang sebab panggung dah dibuka semula lah gais! 

Selepas mengetahui berita gembira ini, sudah pasti satu Malaysia berasa gembira setelah hampir 4 bulan tidak menonton wayang di pawagam.

Tapi sesuai ke waktu sekarang ni nak tengok wayang? 

Well, kalau kita tengok mungkin tiada masalah untuk kita semua menyertai aktiviti seperti ini kerana SOP yang akan diperkenalkan oleh kerajaan adalah sangat ketat.

Namun wajar untuk kita lebih berwaspada dengan mengamalkan setiap norma baru yang perlu kita biasakan sehingga pandemik ini reda.

Oleh itu, sentiasa menggunakan pelitup muka, pencuci tangan serta cuba pastikan penjarakan sosial sentiasa terjaga agar kalian terselamat dari jangkitan.

Antara SOP yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah seperti berikut:

  • Acara dijalankan di dalam dewan tertutup
  • Tempat acara perlu disanitasi dengan kerap
  • Suhu badan perlu diperiksa terlebih dahulu
  • Penggunaan pelitup muka dan pencuci tangan ditekankan
  • Penjarakan sosial adalah dimestikan pada setiap masa
  • Kehadiran peserta tidak boleh lebih 250 orang (tertakluk saiz dewan)

So jangan risau okay gais, tengok je wayang dalam keadaan selesa, bercuti pun jom kita happy kan diri kita!

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.