Perlis merupakan negeri yang paling utara di Malaysia. Bersempadan dengan Thailand membuatkan Perlis popular dengan makanan dan pengaruh dari negara itu.
Menerima jolokan sebagai negeri Indera Kayangan membuatkan negeri ini tersimpan pelbagai hidden gems yang masih belum diterokai.
Selain itu, Perlis yang merupakan negeri paling kecil di Malaysia begitu popular dengan sawah padi yang merupakan mata pencarian buat rakyat Perlis selain nelayan.
Dekat sini ada banyak tempat korang boleh pergi, jom check out gais!
Ladang Nipah Kipli
Tempat sejuk dan agak redup. Seperti biasa kalau datang sini jangan lupa rasa sendiri minuman air nira dari nipah. Agak manis tapi sedap. Kalau minum nira sejuk ni perghhh lagi sedap.
Apapun buat mereka yang kali pertama datang ke Perlis wajib singgah sini kalau nak tengok gaya hidup orang Perlis. And korang boleh tengok view sekitar Ladang Nipah Kipli.
Kalau datang musim panas ni boleh dapat view kekuningan sebab padi baru lepas dituai. Masa ni lah korang nak bergambar berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi yang kekuningan.
Ladang Nipah Kipli terletak di kampung Sanglang. Dekat sahaja dengan Kuala Perlis.
Masjid Terapung, Kuala Perlis
Korang kalau nak lepak sambil makan-makan lokching bersaksikan matahari terbenam datanglah kat sini.
Habiskan satu hari di Kuala Perlis jika korang bercadang ke Langkawi melalui Kuala Perlis.
Restoran Asputra Ikan Bakar, Kuala Perlis
Petang tidak lengkap jika tidak merasa keenakan ikan bakar dari Kuala Perlis. Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Terapung kami singgah isi perut yang sudah mula berkeroncong di Restoran Asputra Ikan Bakar.
Pilihan ikan bakar di kawasan ini sungguh banyak. Menu yang wajib korang cuba jika singgah di sini adalah sudah semestinya ikan bakar Kuala Perlis (jenis ikan terpulang kepada selera masing-masing),
Satu lagi makanan laut yang perlu korang try adalah mentarang. Jangan tidak tahun mentarang di sini cukup popular dan mempunyai beberapa jenis cara masakan seperti bakar dan masak pedas.
Warung Tepi Sawah, Bintong
Mulakan hari dengan sarapan pagi di Warung Tepi sawah yang terletak di Bintong. Warung ini merupakan salah satu tempat baru yang menjadi viral dan pilihan penduduk tempatan serta pelancong yang datang untuk melihat pemandangan sawah padi yang terbentang indah.
Bukan sahaja ianya menawarkan pemandangan yang tenang, bahkan menu makanan yang ada di sini cukup banyak dan makanan tradisional negeri Perlis juga boleh di dapati di sini.
Gua Kelam 2
Dari Bintong bergerak untuk ke Gua Kelam 2 yang mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Tempat ini juga merupakan tempat berekreasi di hujung minggu bersama teman-teman dan keluarga. Memang best luangkan masa dengan kawan-kawan sambil BBQ dihujung minggu.
Namun pada tahun 2020, Gua Kelam 2 telah dibuka kepada orang ramai melakukan aktiviti adventure menerokai jauh ke Gua Kelam 2.
Sejarah pelombong biji timah di Gua Kelam 2 ini juga cukup menarik minat aku dan sesekali timbul juga perasaan seram dalam diri apabila mendengar cerita dari tourist guide.
Untuk masuk ke dalam Gua Kelam 2 ini korang perlu daftar dan perlu mempunyai kelulusan oleh pihak Gua Kelam dan perlu ada pegawai pelancongan untuk masuk di dalam gua disebabkan bentuk gua dan keadaan gua yang gelap boleh mengelirukan anda.
Restoren Tok Mek
3 jam habiskan masa tracking di dalam Gua, kami singgah sebentar untuk makan tengah hari di Restoran Tok Mek untuk makan tengah hari.
Perlis begitu popular dengan hidangan nasi campur di waktu tengah hari, ada banyak restoran di sekitar Perlis yang korang boleh singgah untuk mereka yang mahukan nasi campur dengan beraneka lauk pauk yang disediakan.
Salah satunya adalah Restoran Tok Mek yang terletak di Jalan Kaki Bukit.
Lokasi Restoran Tok Mek ni lebih kurang 20 minit ke Padang Besar. Dekat area Beseri (tepi jalan dan berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh )
Hannah Cookies Coffee House
Korang kena try kek dan biskut ada disediakan di Hannah’s Cookies. Tapi, bukan itu menu utama mereka. Pelanggan datang ke sini untuk makanan barat seperti chicken chop, burger dan pasta.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak