Nak rehat tak perlu bercuti, korang tidur je dapat RM3000!

0 Comments

Kalau korang yang single, bujang dan tak ada komitmen, korang boleh apply kerja ni, senang dan dibayar RM3000 je. 

Kerja korang tidur je! Haha menarik kan? 

Selalunya kalau nak berehat korang pergi bercuti kan? Ni korang tidur je selama 8 jam, tidur pun dapat duit. Well syarikat di Malaysia mencari Eksekutif Tidur untuk pekerjaan ini. 

Satu kempen ‘Get Paid to Sleep’ yang dibawakan oleh Sonno menawarkan gaji RM3,000 hanya untuk tidur semata.

Kredit: Wanista

Sonno, syarikat tilam atas talian mencari seorang ‘Eksekutif Tidur’ dengan ‘kecintaan terhadap segala benda berkaitan tidur’ untuk tidur di atas tilam mereka 8 jam sehari selama 100 malam.

Mereka yang berminat menyertai kempen ini boleh memohon untuk mengisi jawatan ‘Eksekutif Tidur’ dari 1 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020. Pemohon yang berjaya akan diberitahu sebelum 20 Ogos 2020 dan dijangkakan akan memulakan ‘pekerjaan’ mereka pada 1 September 2020 sehingga 10 Disember 2020.

Pemohon yang berjaya akan diberikan gaji sebanyak RM3,000 untuk tempoh keseluruhan pekerjaan mereka, selain menerima sebuah tilam Sonno Lite dan bantal Sonno terbaharu yang akan menjadi milik penuh mereka setelah tempoh pekerjaan tersebut berakhir.

Cara Mohon

Pemohon yang terpilih perlu memuatnaik video berdurasi 30-saat ke laman sosial mereka sebanyak dua kali seminggu sepanjang tempoh pekerjaan tersebut, serta menghasilkan sebuah laporan menceritakan pengalaman dan maklum balas mereka sepanjang mereka tidur di atas tilam Sonno Lite.

Bagi yang berminat, berikut merupakan cara untuk memohon:

  • Lawati laman sesawang sleepsonno.com/pages/sleep-executive
  • Isikan butiran anda. Beritahu kami mengapa anda merupakan jurutidur profesional terbaik di Malaysia
  • Nikmati tidur anda sementara menanti panggilan kami sekiranya korang terpilih.

Berminat, mohon sekarang!

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.