5 jenis perangai pelancong, korang yang mana 1?

0 Comments

Bila travel ni, mesti ada tempat yang korang suka, dan ada aktiviti yang pada korang mesti dan wajib dilakukan. 

Sebenarnya, perkara itulah yang melambangkan karakter korang tanpa disedari. 

Tak tahu? Jom baca dekat bawah ni dan kenali karakter uols! 

1.   Penggemar Sejarah

Pelancong jenis ini adalah yang sangat suka mengunjungi mercu tanda bersejarah dan budaya yang mungkin kita hanya pernah mendengar tetapi tidak pernah memahami akan kepentingan dan sejarah sesuatu tempat. 

Mereka suka meneroka dan ingin kembali ke masa lampau dan lari dari dunia moden buat seketika. Penggemar sejarah akan mengembara lokasi-lokasi bagi mendalami semua fakta yang kurang dikenali dan mereka juga sanggup untuk membayar pemandu persendirian bagi membawa mereka mengembara ke seluruh bandar. 

Pelancong jenis ini juga amat menghargai jika mereka dapat bermalam seperti di istana lama atau titik sejarah yang lebih serius (seperti tempat-tempat berhantu) bagi merasai sendiri pengalaman berada di sana.

Kredit: Forbes

2.   Penggemar Makanan

Pelancong jenis ini umpama “isi dengan kuku” jika digandingkan dengan makanan. Mereka tidak akan dapat dipisahkan dan mereka tidak akan pernah ‘kelaparan’ kerana makanan sentiasa bersama mereka. 

Objektif utama mereka adalah untuk menerokai setiap jenis hidangan sebanyak mungkin di setiap tempat yang mereka lawati. Pengembara makanan bukan sahaja akan menikmati setiap makanan malahan mereka juga sanggup mengikuti kelas masakan dan akan mencuba sendiri memasak masakan yang mereka suka dan merasai sendiri pengalaman menyediakan hidangan di tempat pelancongan mereka.

Pelancong jenis ini juga sanggup ‘menembusi dinding’ hanya untuk mengejar kepuasan menikmati makanan apatah lagi jika makanan tersebut sentiasa menjadi sebutan pengunjung lain.

3.   Pengembara

Pengembara yang suka untuk melawati kawasan-kawasan terpencil dan destinasi yang unik yang belum pernah dijelajahi dan diterokai. Mereka suka meneroka alam semulajadi, tinggal di kawasan bukit bukau, tasik dan minat untuk aktiviti ‘hiking’ dan sebagainya. 

Tapi untuk pengembaraan seperti ini, anda harus memastikan untuk membawa kasut yang sesuai untuk melakukan pendakian melalui jalan-jalan hutan atau tanah serta juram yang licin. Mental dan fizikal juga mesti cukup bersedia untuk setiap pengalaman yang mungkin pelancong lain kurang menggemarinya tapi “you’ll need it!”

Kredit: SBS

4.   Gemar Membeli Belah

Ini bukanlah orang yang gemar melakukan perjalanan dan pengembaraan dalam panas cahaya matahari, tetapi mereka sebenarnya suka untuk memperkenalkan diri pada dunia bahawa mereka adalah pembeli profesional dengan pakaian yang hebat bersama beg tangan berjenama. 

Pelancong seperti ini biasanya mengetahui semua tempat ‘panas’ yang menyediakan tawaran terbaik untuk pelancong dan mereka tahu setiap pelusuk tempat membeli belah dengan bergaya seakan-akan mereka adalah penduduk tempatan.

Pelancong seperti ini juga akan menghargai setiap seni dan kraftangan orang tempatan dan sentiasa mencari pereka fesyen tempatan, pembuat kraftangan malahan mereka juga akan ke kilang untuk dikunjungi dan membeli belah terus dari kilang. Sekiranya anda melancong dengan ‘shopaholic’ seperti ini, pastikan anda juga bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk semua perhentian membeli-belah yang akan mereka lalui dengan lancar seperti ada di dalam jadual perjalanan sambil memesan minuman dari ‘Starbucks‘.

Kredit: vitdaily

5.   ‘Instagrammer’

Kalau korang melakukan perjalanan dengan ‘instagrammer‘, maka bersiap sedialah untuk banyak berhenti di pelbagai tempat yang mereka rasa layak dan sesuai untuk instagram mereka sekurang-kurangnya 30 minit sebelum beralih ke tempat lain. 

Jika anda juga mempunyai minat yang sama, ‘Instagrammer‘ adalah orang yang paling ideal untuk diajak melancong kerana anda dan mereka hanya gemar mengumpul apa sahaja yang menarik secara estetika yang mungkin subjek tersebut dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 200 ‘like’, then you’re good to go. 

Pelancong jenis ini juga gemar mengembara hanya untuk mendapatkan dan mencari sudut yang indah serta menarik untuk gambar yang bakal mereka ambil dan setiap ‘shot’ yang menarik pasti akan dikongsi di instagram untuk meraih ‘like’ yang banyak. Ini akan secara automatik menjadi satu kepuasan dalam perjalanan pemgembaraan mereka.

Jadi, anda yang mana satu? Tidak kiralah anda jenis pengembara yang bagaimana, hanya persiapkan semua senarai aktiviti bagi melancarkan pengembaraan anda. Ini juga akan membantu perjalanan tanpa masalah dengan menangani semua keperluan seperti penginapan, pengangkutan dan makanan agar perjalanan anda menjadi lebih menarik dan lancar seperti yang diinginkan.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.