5 jenis tempat pelancongan yang bahaya di dunia

0 Comments

Biasanya setiap hujung tahun, pasti ramai yang akan mula merancang untuk pergi melancong bersama keluarga atau rakan. Ada yang melancong untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta, ada juga yang hanya melancong untuk membeli-belah, ada yang ingin merasai suasana baru di negara orang, tak kurang juga yang hanya ingin meneroka mencuba makanan yang tidak terdapat di negara sendiri.

Tapi korang tahu tak, terdapat golongan yang sentiasa ingin mencuba sesuatu pengalaman baru yang lebih ekstrem dan sebenarnya mereka sendiri tidak tahu risiko tempat-tempat yang mereka lawati itu sangat merbahaya. 

Malahan pelancong juga terdedah kepada risiko yang mungkin boleh meragut nyawa mereka sendiri.

Bungee Jumping Di Kawasan Yang Dipenuhi Buaya

Kredit: Flickr

Bungee jumping adalah salah satu sukan ekstrem yang sangat popular. Namun bungee jumping yang paling merbahaya di dunia adalah di Jambatan Victoria Falls di antara Zimbabwe dan Zambia.

Di sana, pelancong boleh melakukan bungee jumping dari ketinggian 111 meter ke perairan yang dipenuhi buaya dengan kaki yang akan terikat rapat. 

Risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja walaupun langkah keselamatan telah diambil. Ditambah pula terdapat puluhan buaya di bawah jambatan yang sentiasa menunggu untuk menyambar mangsanya.

Lawatan Kilat di Venezuela

Kredit: Mattop’s Blog

Kilat adalah satu fenomena semulajadi yang amat menakutkan dan menakjubkan. Namun, masih ada satu lawatan khas yang disediakan untuk melihat kilat di Venezuela tempat di mana Sungai Catatumbo bertemu dengan Tasik Maracaibo.

Tempat misteri ini dikenali sebagai ‘ibu negara’ kilat di dunia dan secara tidak rasmi menjadi rumah untuk ‘ribut yang kekal’. Biasanya pengunjung akan mengunjungi kampung-kampung setempat, safari malam untuk melihat buaya, ular dan burung dengan sudah tentu agenda utamanya adalah bagi melihat petir yang sabung-menyabung.

Lawatan Bot Lava Gunung Berapi

Kredit: Iluminasi

Dapat menyaksikan lava yang mengalir dari dekat adalah satu pemandangan yang tidak semua orang boleh dapat dan ini pasti akan menjadi sesuatu yang mengujakan.

Di Hawaii, terdapat lawatan bot lava yang akan membawa pelancong cukup dekat bagi mendengar dan merasakan panas lava ketika mengalir ke air laut dan menyejukkan. Lawatan seperti ini kedengaran sangat menarik namun ianya juga sangat berisiko.

Sudah jelas bahawa lava itu sendiri sangat berbahaya dan jika seseorang itu berada dalam jarak yang dekat dengannya, ia boleh dianggap sesuatu yang tidak masuk akal. Dengan menaiki bot yang dekat dengan lava panas sudah tentu boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Lawatan Puting Beliung

Kredit: WKU News Blog

Disebabkan Storm Chasers Discovery Channel, lawatan puting beliung telah berkembang pesat dan semakin popular. Walaupun bayaran yang dikenakan sangat mahal, namun pelancong masih sanggup membayarnya bagi mencapai impian mereka untuk menyaksikan sendiri satu keadaan yang paling unik yang sebenarnya keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya bencana alam.

Puting beliung yang terjadi biasanya pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat setiap tahun, peminat cuaca yang melampau ini akan berpusu-pusu ke tempat yang digelar ‘Tornado Alley’ yang merupakan laluan puting beliung yang kerap terjadi.

Para pelancong boleh merasai sendiri pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk menyaksikan puting beliung yang sangat berisiko dan pelancong boleh berhadapan dengan bahaya yang tidak dapat dijangka.

Lawatan Medan Perang

Bagi mereka yang sukakan pengalaman yang ekstrem dengan ekspedisi bersiar-siar melalui destinasi yang masih atau pernah menjadi medan perang. Ini adalah lawatan zon medan perang yang sangat merbahayakan nyawa. 

Pelancong dapat menyaksikan kesan peperangan secara langsung termasuk aksi dan letupan di beberapa tempat peperangan. Lawatan seperti ini banyak terdapat di kawasan yang berbeza seperti Iraq, Mexico dan Afrika.

Terdapat satu kejadian yang berlaku pada tahun 2016, di mana 8 pelancong hampir terbunuh apabila bas mereka dihentam peluru berpandu oleh roket di Afghanistan.

Lawatan di kawasan medan perang seperti ini amat tidak disarankan untuk tujuan pelancongan kerana risikonya amat merbahaya dan boleh membunuh.

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.