Tips nak jimat bila travel!

0 Comments

Selalu kita tengok orang bawa family pergi bercuti kan? Mesti fikir eh banyak nya duit masing-masing. Cuti sakan, kan? 

Well uols kena ada strategi, ikut cara ini! 

Rancang percutian lebih awal

Biasanya tiket penerbangan lebih murah jika ditempah awal atau mungkin kita boleh tempah sewaktu promo atau sebagainya. Tapi ingat, kita haruslah rajin cek harga semasa setiap hari supaya tak terlepas harga istimewa yang ditawarkan.

Tempahan Penginapan secara online

Mungkin semua dah tahu kan, harga hotel akan menjadi lebih mahal jika walk in atau terus ke kaunter hotel. Jangan pulak kita salahkan hotel jika harga yang dikenakan mencekik darah. Banyak saluran yang kita boleh periksa seperti Trivago, Traveloka, Airbnb dan sebagainya.

Tak Perlu Hotel 5 Bintang

Tak perlu cari tempat penginapan yang mahal kerana kita akan lebih banyak menghabiskan masa di luar. Lebih jimat lagi jika kita mencari tempat penginapan yang menyediakan dapur untuk memasak. Sekurang-kurangnya sarapan pagi atau makan malam kita boleh masak sahaja.

Itu kan lebih jimat dari makan diluar. Tempat penginapan juga haruslah berhampiran dengan destinasi menarik yang boleh kita lawati. Ini akan menjimatkan kos pengangkutan.

Sewa Kereta

Jika tempat percutian hanyalah di dalam negara, tak salah sekiranya jika kita memandu sendiri, ini akan lebih menjimatkan.

Pilih Aktiviti Yang Percuma

Cari aktiviti yang boleh dilakukan secara percuma atau kos yang lebih rendah seperti melawat muzium, mandi air terjun, atau beli secara pakej kerana kos harga pakej lebih murah berbanding kos yang dibeli berasingan. Bawa makanan ringan dan minuman semasa keluar berjalan.

Senarai Perbelanjaan

Sediakan senarai perbelanjaan yang perlu sahaja dan cuba untuk ikut senarai tersebut. Perancangan perjalanan sangat menjimatkan wang anda.

Sebenarnya kalau bercuti masa bukan musim cuti sekolah lagi lah jimat tapi apakan daya… kita perlu fikirkan kepentingan keluarga juga. Wang ringgit kan boleh dicari dari luangkan masa bersama keluarga tercinta.

Selamat bercuti!

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.