Kalau korang tahu dekat Jepun ada satu tempat menarik iaitu Arashiyama Bamboo Groove, tapi korang tak payah la sampai dekat sana kalau tak ada bajet.
Sebabnya korang boleh dapat view yang sama di Malaysia guys! Dekat mana? Sepang je, dalam 1 jam 30 minit korang akan sampai kalau u guys daripada KL.
Well Sepang banyak homestay and antara yang popular is Banghuris Homestay, Banghuris tu merupakan gabungan 3 nama kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Hulu Chuchoh dan Ulu Teris.
So bila korang sampai je dekat kawasan ni, korang perlu pergi dekat satu tempat iaitu Banghuris Homestay, yang dalamnya ada kawasan yang dipenuhi pokok buluh!
OMG cantik taw kalau korang nak OOT ke, photoshoot pre wedding ke, macam-macam korang gaya gambar korang boleh ambik dekat situ!
Tempat ni pun kalau korang nak singgah weekend pun boleh sebab tak jauh kalau dari KL dan jom kita merasa sekejap suasana kampung yang dekat dengan pantai!
Sekadar berjalan kan, okay lah tu, korang boleh singgah pantai, boleh makan seafood, boleh beli kerepek dekat kilang kerepek tu, ada banyak orang jual kuih frozen 3 paket RM10, eh harga masih harga kampung tahu!
So banyak benda korang boleh buat dekat Banghuris Homestay ni.
So part kawasan pokok buluh tu ia berdekatan dengan tasik buatan sebagai tarikan pengunjung, and kalau korang datang hujung minggu juga, korang boleh try makan nasi ambeng iaitu makanan tradisi orang melayu di situ!
Jarang dah nak jumpa di KL taw, sebab nasi ambeng tu harganya RM7 boleh makan untuk 4 orang. Jimat kan?
Jom try guys!
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak