Bestnya Makan Lauk Kampung Dalam Sungai, jom gais!

0 Comments

Kalau korang mencari tempat percutian keluarga yang mendamaikan dan sedikit rare dengan pengalaman makan dalam air, korang boleh cuba berkunjung ke Castella Cafe, Sungai Beruk, Kg Padang Stang, Gerik, Perak!

Dekat sini selain boleh mandi-manda dan menikmati hidangan makan tengah hari dengan menu selera kampung sambil kaki main-main air sungai, korang juga boleh menginap dan bermalam di chalet yang disediakan dengan harga hanya RM140 bagi satu malam.

Seorang pengguna Facebook, Arena Zarifah berkongsi mengenai kunjungannya bersama keluarga ke Castella Cafe dan menginap di chalet tu. 

Menurut Arena, Castella Cafe itu sangat sesuai untuk dijadikan lokasi percutian santai buat keluarga kerana selain berpeluang mandi sungai, pengalaman makan sambil rendam kaki dalam air juga sangat menyeronokkan dan jarang didapati di tempat lain.

Paling best apabila beliau dan suaminya berpeluang menjamu selera dengan pelbagai menu kampung seperti ikan sebarau bakar, masak lemak ikan baung, ulam ulaman, pekasam dengan air lawar, sambal belacan dan dimakan bersama nasi dalam buluh memang betul-betul membangkitkan keterujaan pasangan itu yang sememangnya menggemari hidangan lauk kampung.

Selepas perut kenyang dan korang rasa penat untuk drive balik, korang boleh juga cuba menginap di Chalet Castella yang menawarkan bilik yang selesa, mempunyai penghawa dingin, televisyen, tilam extra, mini peti ais serta bilik air.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.