Lawanya Starbucks Teluk Cempedak Ni, Gojes Tema Dia ‘Glass House’

0 Comments

Siapa dekat sini penggemar kopi Starbucks dan sukakan pemandangan pantai yang sangat mempesonakan dengan kebiruan air laut?

Jika korang sukakan kedua-dua pakej ni, rasanya korang dah boleh kot rancang road trip dengan kawan-kawan atau keluarga ke Kuantan, Pahang kerana di sana terdapat sebuah kafe Starbucks berkonsepkan ‘glass house’ yang terletak betul-betul mengadap pantai Teluk Cempedak!

Kecantikan dan kelainan premis kedai kopi jenama terkenal itu telah viral di media sosial baru-baru ini dan ia turut dikongsikan oleh seorang pengguna bernama @iamsyieddy di laman sosial Twitter.

Terletak betul-betul di Pusat Rekreasi Teluk Cempedak, konsep rumah kaca ala urban yang digunakan Starbucks itu sememangnya sangat menarik perhatian penggemar kopi.

Apatah lagi bila pelanggan dapat menikmati secawan kopi panas dengan panorama biru air laut yang cukup mengasyikkan. Memang layan!

Malah, keindahan kafe Starbucks itu pastinya bakal menjadi pilihan anak muda untuk bersantai dan melepak bersama rakan-rakan. Juga tak terkejut sekiranya ia akan menjadi lokasi favorit mereka untuk bergambar cantik.

Jadi kalau korang ada rancangan untuk bercuti ke Kuantan atau kawasan sekitarnya, jangan lupa singgah ke Starbucks Teluk Cempedak itu! 

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.