Nak Rasa Pengalaman Buat Batik ‘Tie-Dye’? Korang Boleh Bercuti Ke Kg Telok Pelanduk PD!

0 Comments

Kalau korang seorang penggemar corak batik dan ingin mempelajari proses pengeluaran produk batik menggunakan teknik ikat dan celup, mungkin anda boleh berkunjung ke Kampung Telok Pelanduk yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terletak kira-kira 50 meter dari pantai Telok Pelanduk dan jeti nelayan, kawasan kampung itu yang dikelilingi hutan kecil juga merupakan destinasi percutian menarik kepada mereka yang ingin merasai suasana inap desa yang cukup menenangkan.

Malah, pelancong juga boleh meneroka keindahan pantai Tanjung Biru yang terletak hanya kira-kira 4.8 kilometer dari kampung berkenaan.

Kredit: Bernama

Istimewanya jika anda berkunjung ke sini, korang berpeluang mempelajari sendiri cara-cara menghasilkan produk batik seperti selendang dan kemeja-T menerusi teknik ikat dan celup atau tie-dye.

Malah anda juga boleh belajar teknik anyaman bakul yang diperbuat daripada rotan.

Di kampung itu terdapat seramai 15 orang terlibat dalam menghasilkan baju-T batik dan 20 orang yang membuat pelbagai jenis bakul daripada rotan.

Kredit: Bernama

Keunikan pengalaman berkunjung ke Kampung Telok Pelanduk, setakat ini telah menggamit kehadiran bukan sahaja pelancong tempatan malah dari luar negara seperti China dan Jepun.

Selain membuat batik sendiri, anda juga boleh membeli pelbagai hasil kraftangan kreatif di situ, malah untuk yang tidak berkesempatan berkunjung ke sana anda berpeluang membelinya secara dalam talian menerusi Facebook E-Kraf Bazar.

Sumber: Bernama

Artikel berkaitan
Biar Bonar Dungun Kini ‘Famous’ Dengan Mee Sup Melayu Champa?
5 Makanan Halal Wajib Cuba di Jeju

Leave a Reply

Your email address will not be published.