5 Hotel Ni Wajib Korang ‘Recommend’ Dekat Pelancong Kalau Nak Tengok View KLCC Yang Sangat Cantik

0 Comments

Setiap pelancong yang datang ke negara ini sudah semestinya ingin menikmati keindahan serta keunikan yang ada di Malaysia.

Sudah tentu, mereka akan memilih lokasi hotel yang strategik yang dapat lihat mercu kebanggaan Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dengan ketinggian 451 meter (1,479.7 kaki) menara telah ditetapkan sebagai salah satu menara berkembar tertinggi di dunia.

Jadi ini lima hotel yang patut korang recommend kepada pelancong kalau nak nikmati keindahan KLCC.

1. Grand Hyatt Hotel

Hanya terletak hanya 6 minit dari Menara Berkembar Petronas, hotel ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan. 

Di sini korang boleh memanjakan diri di spa hotel mereka yang cukup mewah. 

Bukan itu sahaja, kolam renang luar mereka turut cantik dengan dikelilingi oleh kehijauan pokok yang subur.

2. Traders Hotel Kuala Lumpur

Hotel ini cukup menarik kerana berbumbungkan permandangan KLCC membuatkan hotel ini berbeza dari yang lain. 

Selain itu, bilik-bilik yang disediakan turut mempunyai tingkap-tingkap dari lantai ke siling untuk pemandangan optimum. 

Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan limosin untuk memudahkan perjalanan seharian korang.

3. Mandarin Oriental Hotel

Mandarin Oriental Kuala Lumpur (KL) merupakan antara hotel yang sering mendapat permintaan tinggi dari ramai pelancong. 

Perkhidmatan yang disediakan sangat terbaik, jadi tidak hairanlah hotel ni mendapat rating tinggi daripada tetamu yang menginap di sini. 

Di samping itu, bilik-biliknya turut dilengkapi dengan dok iPod dan pemain DVD untuk hiburan setiap tetamu di hotel ini. 

Korang juga boleh melihat pemandangan KLCC yang indah dari bilik hotel dengan jarak yang sangat dekat.

4. Impiana KLCC Hotel

Impiana KLCC Hotel menawarkan kelajuan Internet yang paling laju di KL.

Apa yang menarik di sini adalah korang boleh memilih jenis bantal yang korang inginkan dari perkhidmatan menu bantal yang disediakan. 

Buat pengetahuan korang, hotel ini juga dinobatkan sebagai spa terbaik di Kuala Lumpur. 

Jangan lupa untuk manjakan diri korang di Spa Hotel ini yang cukup mewah. 

5.    Pacific Regency KL

Pacific Regency Hotel Suites menyediakan suite yang selesa dan luas, yang dilengkapi dengan TV satelit 40 inci (~ 102 cm), dapur kecil, dan perabot klasik.

Hotel ini juga mempunyai kolam renang atas bumbung yang lengkap dengan bar kolam renang untuk korang santai sambil melihat pemandangan bangunan KLCC.

Lepas ni dah tak pening kalau ada pelancong yang tanya korang dekat mana hotel yang best untuk diorang stay di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.