‘Flight’ Ambil Masa Yang Lama, Badan Pun Dah Letih Dan Lesu! Jom Ikut Tips Ni

0 Comments

Penerbangan jauh ini gerenti boleh melemahkan badan dan minda korang. Bila terperap dalam sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama, manalah otak korang tak tepu kan?

Dahlah tempat duduknya sempit lepas tu duduk pun dalam jarak yang dekat! Gerenti sakit badan, lebih-lebih lagi jika korang berbadan besar.

Malangnya bukan semua orang mampu beli tiket business atau first class. Terpaksalah duduk di tempat sempit itu sampai kapal terbang mendarat.

Tapi jangan risau. 5 tips ni boleh bantu korang jadi lebih selesa dan tiba di destinasi dalam keadaan yang lebih baik.

1. Minta makanan istimewa

Setiap penerbangan ada menyediakan hidangan makanan khas untuk orang-orang tertentu seperti vegetarian dan diabetic, ataupun makanan yang halal khas untuk orang Muslim. Menu yang disediakan pun boleh tahan sedap!

Selalunya hidangan ini yang disajikan dulu kepada mereka yang telah membuat tempahan. Ia juga disediakan dengan cara yang lebih baik daripada hidangan biasa-biasa.

Jika korang tak nak tunggu lama-lama untuk makanan dihidangkan, lain kali bila menempah tiket penerbangan, order makanan istimewa ini. Dengan cara ini, korang tak akan berasa lapar dan dapat bertenang dalam penerbangan yang lama.

2. Pakai pakaian yang selesa

Elakkan pakai baju atau seluar yang ketat-ketat. Nanti tersekat pula peraliran darah dalam badan. 

Sesetengah orang pakai baju tidur terus! Kalau nak nampak kemas dan proper bila keluar dari kapal terbang, cuba pakai pakaian yang tak perlu digosok.

Jangan pakai baju rambu ramba nanti bukan korang je tak selese, orang sebelah pun boleh naik pitam sama tengok baju korang tu.

3. Tukarkan masa jam tangan ke masa destinasi

Periksa apakah masa di tempat yang korang nak pergi itu. Jika di sana waktu malam, cuba dapatkan tidur. Jika waktu siang, cuba berjaga.

Nanti bila sampai tak ada la korang terkejut dengan perubahan masa. Tak pasal-pasal nanti orang lain jalan, korang terperap dalam bilik keletihan.

4. Minum air

Bila duduk dalam penerbangan yang lama, korang akan senang sangat untuk dehidrasi memandangkan kadar kelembapan dalam pesawat adalah rendah. 

Jika syarikat penerbangan korang benarkan, isikan air putih ke dalam sebuah botol sebelum korang menaiki kapal terbang. Minum air yang secukupnya sebelum menaiki pesawat okay.

5. Stretch

Elakkan daripada mengalami sakit tengkuk atau belakang dengan membuat regangan otot sekali sekala di tempat duduk korang. 

Korang boleh jalan-jalan di sepanjang lorong dalam pesawat bagi lega sikit kaki dan badan.

Bila dah selesa baru rasa seronok je sepanjang perjalanan menuju ke destinasi percutian korang semua.

Kalau tak asyik tengok jam je bila nak sampai dan mendarat kan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.