Rindu nak bersantai tepi pantai? Ikut tips keselamatan ni!

0 Comments

Bila dah lama terperap dalam rumah memang rasa nak bercuti lebih-lebih lagi bagi pencinta alam. Memang mengidam habis la nak hirup udara segar sambil lihat pemandangan laut yang luas.

Mesti ada di antara korang yang dah plan nak bercuti ke pulau-pulau tapi masih rasa takut dan tak pasti apa yang perlu korang lakukan sebagai langkah keselamatan bagi mengelak daripada jangkitan wabak COVID-19 kan?

Jangan risau, kami ada tips untuk korang.

Pilih destinasi

Bila nak bercuti dengan family, korang kena pilih destinasi yang sesuai dan kalau boleh bandingkan tempat percutian yang mana lebih selamat dan berisiko rendah.

Tapi jangan pentingkan diri sendiri pula, bila dah bercuti tu pastikan korang pun menjaga kebersihan di sekitar pantai dan pulau supaya ianya pun selamat untuk pengunjung lain.

Tak susah nak jaga kebersihan dan keselamatan ni yang penting sikap tanggungjawab tu.

Risiko

Terdapat banyak risiko bila kita nak lakukan aktiviti di luar rumah, jadi kita kena ambil langkah yang bijak dengan meneliti beberapa risiko yang mungkin kita hadapi.

Ini penting bagi korang yang nak bawa anak-anak kecil dan juga warga emas sebab mereka ini terdiri daripada golongan yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan.

Jadi, korang kena pastikan kawasan percutian korang tu ada kelengkapan kesihatan yang baik dan mencukupi. Nak lagi selamat, bawa sendiri peralatan dan ubat-ubatan yang sesuai.

Tak de la korang cemas bila berlaku kecemasan nanti.

Jaga jarak fizikal

Ni perkara yang paling penting. Walaupun korang tengah bersuka ria menikmati keindahan alam semula jadi di pantai, korang kena sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.

Cuba elak dari berkumpul beramai-ramai dan kalau boleh elak dari guna tempat tertutup yang digunakan oleh orang lain seperti tandas awam.

Paling penting, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau pakai hand sanitizer.

Guna pelitup muka

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, kita dah ada norma baru iaitu kena sentiasa memakai pelitup muka. Jadi bila korang berdepan dengan situasi di tempat yang sesak, jangan lupa pakai pelitup muka bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19.

Walaupun ia tidak digalakkan untuk menggunakannya ketika sedang bersenam atau berjemur, tapi kalau rasa korang mampu untuk pakai, lagi bagus kan.

Lagi satu yang paling penting minum air masak yang mencukupi agar badan korang kekal hidrat dan bertenaga.

Okay dah boleh packing baju untuk bercuti di pantai!

Leave a Reply

Your email address will not be published.