Kalau ke Perlis wajib mai singgah di port makan ni

0 Comments

Walaupun negerinya paling kecil dalam Malaysia, tapi jangan tak tahu yang negeri Perlis ni banyak tempat-tempat makan yang best.

Antara menu yang paling popular dengan negeri Perlis sudah semestinya pulut mangga sebab negeri ini cukup terkenal dengan buah mangga harum manis. Bukan tu je kalau terasa nak makan makanan eksotik pun ada seperti belangkas.

Tapi ada lagi tempat makan yang menarik untuk korang kunjungi. 

Restoran Anjung Keli

Kalau tanya orang Perlis, rata-rata memang mengesyorkan untuk singgah di Restoran Anjung Keli. 

Meskipun nama restoran ini mengambil nama ikan keli tapi terdapat banyak lagi pilihan menu yang disediakan seperti hidangan bakar daripada ikan sehinggalah ayam, daging dan organ seperti perut serta paru.

Bagi pencinta ulam-ulaman pula, restoran ni memang sesuai dengan korang sebab ianya menyediakan puluhan ulaman bersama pilihan pelbagai kerabu selain lebih 10 jenis sambal dan pencicah. 

Ia dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 4.30 petang. Korang disarankan untuk datang awal bagi mengelak terlepas peluang menikmati sajian ikan bakar yang istimewa ni.

Ana Burger D’ Cafe

Kaki kafe hipster pasti akan suka tempat ni sebab restoran ini antara yang sesuai memenuhi selera besar kerana terkenal dengan juadah ‘burger’ bertingkat-tingkat. Tak percaya? Tengok la sendiri.

Nak lagi sedap, korang boleh cuba menu susu kocak dan konfem korang akan puas hati. Tak menyesal drive jauh sampai bila dapat makan makanan yang sedap kan.

Restoran Capati Arau

Menu capati sudah biasa ada di restoran-restoran mamak di setiap pelusuk negeri. Tapi ada sesuatu yang sangat special tentang capati di Restoran Capati Arau ni.

Restoran ni menyajikan hidangan capati yang sangat lembit dan dipadankan dengan kuah kari cukup lemak asam yang sangat sedap.

Memang rugi kalau tak mai pekena capati dengan restoran ni.

Selain capati, restoran ini turut menyajikan sajian roti dan masakan goreng lain. Sebelah petang pula di restoran sama turut menyediakan hidangan ala carte Thai cukup dikenali dalam kalangan penduduk lokal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.